PPDa



      GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK



       Semua Pengetua dan Guru Besar
       Daerah Perak Tengah.
       Tuan,
       PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK 
       DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
       Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
       Bersama-sama ini dilampirkan surat dan garis panduan berkaitan.
       Sila 'klik' lampiran di bawah.

       Sekian, terima kasih.
       Ahmad Daud Bin Hj. Zainuddin,
       Penolong PPD PPDa,
       PPD Perak Tengah.

______________________________________________________________________________________________

        Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
SK Seri Iskandar, SK Iskandar Perdana, SK Bota Kanan, SK Titi Gantong, SK Dato' Sagor, SK Seberang Perak, SK Seri Cempaka, SK Changkat Lada 2, SK Iskandar Shah, SK Sungai Galah, SK Kota Setia, 
SK Lambor Kanan, SK Parit, SK Tanjong Belanja, SK Selat Pulau, SK Seri Kaya, dan SK Bota Kiri.


Tuan,

BORANG MAKLUM BALAS GURU / KAUNSELOR DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA / PENJAGA KEM PINTAR 2.0 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016

Dengan  hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa pihak tuan diminta mengisi borang maklum balas berkaitan program Kem Pintar 2.0 yang telah dijalankan pada 9 – 12 Mei 2016 yang lalu. Pihak tuan perlu menghantar semula borang maklum balas tersebut ke PPD Perak Tengah sebelum atau pada 31 Mei 2016 (up: Encik Ahmad Daud B. Hj. Zainuddin), Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah.

3.         Bersama ini disertakan borang maklum balas tersebut untuk tindakan pihak tuan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.  

Unit PPDa PPD Perak Tengah.

Surat Maklum Balas Kem Pintar 2.0


_________________________________________________________________________________

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Perak Tengah 
(Seperti di Lampiran)

Tuan,

KURSUS PENERANGAN GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID-MURID SEKOLAH YANG MEROKOK KEPADA GURU-GURU KAUNSELOR NEGERI PERAK 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pend.Pk (AM) 4598/7 Jld.8 (42) bertarikh 11 Mei 2016 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan (seperti di lampiran) telah dipilih mengikuti kursus tersebut seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 25 Mei 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lenggong.
Tempat Berkumpul : PPD Perak Tengah (7.00 pagi)

3. Untuk makluman pihak tuan, segala perbelanjaan makan minum dan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi Encik Ahmad Daud B. Zainuddin, Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah di talian 019-5532290 / 05-3711273

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

Unit PPDa PPD Perak Tengah.

Tiada ulasan: