KWAPM

====================================================================================================================================================================

GURU BESAR
SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.

Tuan,

PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TAHUN 2 HINGGA 6 (PELARASAN) BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 800-4/3/10 Jld.22(58) bertarikh 4 OKTOBER 2017 

2.    Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan bayaran Bantuan Am Persekolahan (BAP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk murid tahun 2 hingga 6 ( pelarasan ) bagi negeri Perak mulai 19 September 2017. bersama- sama ini dilampirkan ( sila klik ) :

        


3.    sekian dimaklumkan, terima kasih.
========================================================================================================================================================================================

Semua Pengetua,
Sekolah Negeri Perak.

Tuan,
PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TINGKATAN 1 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2017
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Bersama-sama ini dilampirkan perkara berikut tindakan tuan.
SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH
            2.1 Surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-4/3/10 Jld.23 (15)
                bertarikh 17 Ogos 2017
            2.2 Senarai murid Tingkatan 1 
            2.3 Kadar kelayakan untuk pembayaran KWAPM bagi tahun 2017 kepada murid
                  yang layak adalah RM150.00 setahun bagi Data Sedia Ada, data ekasih dan data
                  murid Orang Asli (DMOA).
           2.4 Surat Skim Potongan Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tabung KWAPM – KPM.100-2/1/1 jld 6 (53) bertarikh 3 Februari 2017

Sekian terima kasih

UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

======================================================================================================================================================================
GURU BESAR
SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.

Tuan,
PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TAHUN 1 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 800-4/3/10 Jld.22(58) bertarikh 7 Julai 2017 dan surat jabatan Pendidikan negeri Perak (JPN) J.Pel.Pk. (HEM) 5128/9/9/ Jld 7 (30)

2.    Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan bayaran Bantuan Am Persekolahan (BAP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk murid tahun 1 bagi negeri Perak mulai 19 jun 2017. bersama- sama ini dilampirkan ( sila klik ) :



3.    sekian dimaklumkan, terima kasih.

==========================================================================================================================================
Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN KEPADA BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP), eDAMAK DAN eKASIH TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk (HEM) 5128/9/9 Jld.7(28) bertarikh 19 April 2017

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun didalam Portal PPD Perak Tengah dan di Bloghemperaktengah.

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.


Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN


==========================================================================================================================================

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.



Tuan/Puan,



PELAKSANAAN   PERMOHONAN   BANTUAN    KUMPULAN    WANG   AMANAH PELAJAR   MISKIN  (KWAPM)   BAG MURID  DARJAH   1, TINGKATAN 1 DAN PELARASAN DARJAH 2 HINGGA  DARJAH  6 TAHUN 2017 SECARA  ATAS  TALIAN MELALUI APLIKASPENGURUSAN BANTUAN (APB)  MODUL KWAPM

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas dan surat kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10 Jld.21 (35)bertarikh 27 Januari 2017 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/9/9 Jld.7(24) bertarikh 31 Januari 2017


2.        Seperti pihak tuan/puan sedia maklum, permohonan Bantuan KWAPM tahun 2017 bagi murid  Darjah 1, tingkatan 1 dan pelarasan darjah 2 hingga  Darjah 6 akan dilaksanakan  secara atas talian menggunakan Aplikasi  Pengurusan Bantuan (APB)  Modul KWAPM. Permohonan secara  atas talian  ini akan dibuka mulai  20 Februari 2017 hingga  13 Mac 2017 menerusi laman sesawang seperti berikut :-



PENGGUNA
LAMAN SESAWANG

Pengetua/Guru Besar,/
Guru KWAPM. 

http://sps1.moe.gov.my   
(Modul Pengurusan Murid)


JPN/PPD 

http://apb1.moe.gov.my
                     

3.       Sehubungan    dengan    itu,    pihak    tuan/puan    adalah    dipohon    untuk memaklumkan   perkara   ini  kepada  Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM dan penyelaras bantuan Kwapm sekolah   untuk melaksanakan permohonan Bantuan KWAPM bagi murid Darjah 1, Tingkatan 1 dan pelarasan Darjah 2 hingga Darjah 6 secara atas talian berdasarkan  tarikh-tarikh  yang  ditetapkan  di  dalam  Takwim  Pengurusan  APB  - Modul KWAPM seperti di Lampiran  1 dan memastikan pihak sekolah mengadakan mesyuarat  Jawatankuasa   Bantuan  Peringkat  Sekolah  (JBPS)  bagi  memilih  dan memperakukan   murid   yang   layak   untuk   menerima   bantuan   KWAPM   bagi permohonan di bawah Data Sedia Ada (DSA).

4.       Kerjasama    pihak   tuan/puan   juga    dimohon    untuk   memantau    proses permohonan    sepanjang  tarikh  aplikasi  dibuka  dalam  usaha  meminimakan  kes keciciran dan  memastikan  semua  penyelaras bantuan KWAPM sekolah  mematuhi  tarikh-tarikh  yang telah ditetapkan. Manual Pengguna APB - Modul KWAPM boleh dimuat-turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan dan rujukan.


5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273/019-5034371.


MUAT TURUN DI BAWAH




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.2 TAHUN 2017
BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.100-1/7/1 jld.6(15) bertarikh 18 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan surat Pekeliling Kewangan Bil.2 serta garis panduan berkenaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) (muat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/) dan tuan diminta mengambil tindakan seperti dalam surat pekeliling tersebut. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras bantuan sekolah di bawah pentadbiran tuan.
3.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.


==========================================================================================================================================
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) DAN BANTUAN BULANAN (BB) KEPADA MURID TINGKATAN 1 DAN TAHUN 1 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) DAN eKASIH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat kementerian pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10JLD18(81) bertarikh 28 September 2016 .

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tingkatan 1dan tahun 1 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun di bawah.

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.


Sekian, terima kasih.


SILA MUAT TURUN DISINI

KWAPM TAHUN 1


KWAPM TINGKATAN 1

Tiada ulasan: