Ko Akademik

Mesyuarat Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Perak Tengah

Mesyuarat penyelarasan pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

     Tarikh : 4 Ogos 2015
     Masa  : 2.30 petang
     Tempat: Bilik Mesyuarat SM K Sultan Muhammad Shah, Parit.

3.     Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan memberi kebenaran dan pelepasan kepada pegawai dan pelajar sekolah yang menyertai pertandingan ini untuk hadir pada pertandingan tersebut. Semua Pengetua/Guru Besar di daerah Perak Tengah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian untuk makluman dan hebahan pihak tuan.

_________________________________________________________________________________


Makluman untuk semua Guru Besar,

Mesyuarat penyelarasan pertandingan nyanyian solo sekolah rendah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

     Tarikh:     30 Julai 2015(Khamis)
     Masa  :     2.30 petang
     Tempat:   Bilik Mesyuarat SK Iskandar Shah.

Kepada sekolah-sekolah yang berminat diminta hadir untuk mendapat gambaran perlaksanaan pertandingan dan syarat2nya. Terdapat 2 kategori umur. Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Sebarang pertanyaan hubingi En Ahmad Azuwan di talian 013-4365511. Harap maklum.
________________________________________________________________________________

Makluman Pengetua/PK Kokurikulum yang terlibat.

Perubahan syarat pertandingan Kanival Sains peringkat Negeri Perak melibatkan penggunaan alat solar. Taklimat akan diberikan kpd pasukan yg mewakili Perak Tengah pada 30/7/2015 di SMK Seri Iskandar. Sekolah terlibat:

1. SMK Seri Iskandar
2. SMK Sultan Muhammad Shah
3. SMK Sultan Abd Jalil Shah
4. SMK Sultan Azlan Shah
5. SK Iskandar Shah

Surat telah diedar ke sekolah yang berkaitan. Mohon tindakn. sebrg pertanyaan hubungi En Ahmad Azuwan 013=4365511

Makluman
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Perak Tengah

Sukacita dimaklumkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhasrat menganjurkan pertandingan Bicara Berirama Suara Rimba peringkat Sekolah Menengah sempena Hari Hutan Antarabangsa Tahun 2015 peringkat Negeri Perak.

Penyertaan terhad kepada 15 buah sekolah sahaja dan borang boleh didapati dilaman web Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2015. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai, piala pusingan dan sijil.

Sebarang pertanyaan berkaitan, hubungi En Ahmad Azuwan b Ismail, Pen PPD KoAkademik(Men) ditalian 013 4365511.

Sekian Terima Kasih.



Semua Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN KO AKADEMIK-PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahwa pertandingan ko akademik iaitu Pertandingan Choral Speaking sekolah menengah Daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

                  Tarikh     : 23 September 2014
                  Masa       : 8.30 pagi
                  Tempat   : Dewan SMK Dato'Seri maharaja Lela, Kg Gajah

3.     Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan memberi kebenaran dan pelepasan kepada pegawai dan pelajar sekolah yang menyertai pertandingan ini untuk hadir pada pertandingan tersebut. Semua Pengetua/Guru Besar di daerah Perak Tengah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian untuk makluman dan hebahan pihak tuan.

PERTANDINGAN KO AKADEMIK-PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahwa pertandingan ko akademik iaitu Pertandingan Puisi dan Lagu sekolah menengah Daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

                  Tarikh     : 9 Ogos 2014(Sabtu)
                  Masa       : 8.30 pagi
                  Tempat   : Dewan SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar

3.     Sehubungan dengan itu semua Pengetua/Guru besar, warga pendidikan dan pelajar sekolah daerah Perak Tengah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian untuk makluman dan hebahan pihak tuan.

______________________________________________________________________________

PERTANDINGAN KO AKADEMIK-PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahwa pertandingan ko akademik iaitu Pertandingan Drama Bahasa Inggeris sekolah menengah Daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

                  Tarikh     : 7 Ogos 2014(Khamis)
                  Masa       : 8.30 pagi
                  Tempat   : SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan

3.     Sehubungan dengan itu semua Pengetua/Guru besar, warga pendidikan dan pelajar sekolah daerah Perak Tengah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian untuk makluman dan hebahan pihak tuan.
_________________________________________________________________________________

HEBAHAN


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

PERADUAN MENGARANG ESEI 2014, PENCETUS MINDA KEMERDEKAAN ANJURAN JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/4/8(50) bertarikh 22 Julai 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Negeri Perak akan menganjurkan peraduan yang bertujuan untuk menggalakkan penulisan yang baik, pemikiran yang kritikal serta kefahaman masyarakat mengenai sejarah negara, isu-isu semasa dan kecintaan kepada negara.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Penerangan Daerah/Negeri atau lawati laman sesawang Jabatan Penerangan Negeri Perak http://www.penerangan.com.my/perak. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2014.

4.         Sebarang pertanyaan berhubung borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia program ditalian 05-5422500.

Sekian, terima kasih.

_________________________________________________________________________________


PERTANDINGAN KO AKADEMIK-KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahwa pertandingan ko akademik iaitu Karnival Bahasa Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

                  Tarikh     : 26 April 2014(Sabtu)
                  Masa       : 8.00 pagi
                  Tempat   : SK Iskandar Perdana

3.     Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
                  (i)    Bercerita BM (Tahap 1)
                  (ii)   Bercerita BM (Tahap 2)
                  (iii)  Pidato Piala Diraja
                  (iv)  Public Speaking
                  (v)   Story Telling
                  (vi)  Action Song
                  (vii) Choral Speaking
                  (viii)Poetry Recitation
                  (viiii)Scrabble

3.     Sehubungan dengan itu semua Pengetua/Guru besar dan warga pendidikan daerah Perak Tengah dijemput hadir bagi menyaksikan karnival tersebut.

_________________________________________________________________________________

JEMPUTAN DAN MAKLUMAN

PERTANDINGAN SAHIBBA SEK RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah peringkat daerah Perak Tengah akan diadakan seperti ketentuan berikut:

Sekolah Rendah

Tempat     : Dewan SK Iskandar Shah
Masa         : 2.00 petang
Tarikh        : 22 & 23 April 2014

Sekolah Menengah

Tempat     : Pusat Sumber SMK Iskandar Shah
Masa         : 2.00 petang
Tarikh        : 22 & 23 April 2014

Penutupan : 23 April 2014
Masa          : 4.00 petang
Tempat      : Dewan SK Iskandar Shah

Sehubungan dengan itu semua pengetua/guru besar dan warga pendidikan daerah Perak Tengah dijemput hadir.
_________________________________________________________________________________

MAKLUMAN


JEMPUTAN KE BENGKEL LATIHAN BERPUSAT AKTIVITI ROBOTIK NEGERI PERAK 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Sasbadi Sdn Bhd akan menganjurkan bengkel tersebut yang bertujuan untuk memberi pendedahan, latihan dan penerangan kepada pasukan sekolah yang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Perak nanti.

2.     Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan untuk memaklumkan kepada guru sekolah tuan untuk menyertai bengkel tersebut yang akan diadakan pada 18 April 2014 bertempat di SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Jumlah penyertaan bagi setiap sekolah ialah 3 peserta dan seorang guru mentor sahaja. Untuk maklmuman berkaitan makan minum dan pengangkutan adalah dibawah tanggungan pihak sekolah masing-masing.

3.     Peralatan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

     a) Komputer riba yang mengandungi perisian robotik
     b) Peralatan robotik LEGO@ Mindstorms Education NXT/EV3
     c) Extension wire
     d) Alatan tambahan seperti 6 biji batei AA dan yang berkaitan(sekiranya perlu)

4.     Jika ada sebarang pertanyaan, sudi sekiranya tuan berhubung dengan urus setia bengkel Sasbadi Sdn Bhd. Encik Noor Faiz bin Zulkiflee ditalian 03-61451188/012-5796886 atau pegawai di Jabatan Pendidikan Perak, En Omar bin Ibrahim, ditalian 019-475 2991/05-5015151.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
_________________________________________________________________________________

HEBAHAN


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

HEBAHAN DAN JEMPUTAN MENYERTAI ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH WILAYAH UTARA 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/4/Jld.9(7) bertarikh 25 Februari 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara akan menganjurkan program tersebut yang melibatkan sekolah menengah seluruh negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Pihak sekolah dikehendaki menghantar dua (2) naskhah majalah sekolah terbitan tahun 2013 beserta salinan sajak dan puisi terbaik untuk pencalonan anugerah. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2014.

4.         Sebarang pertanyaan berhubung maklumat kertas konsep dan borang penyertaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia program , YM Tengku Fauziah binti Ku Mat di  alamat emel tengku@dbp.gov.my
_________________________________________________________________________________

MAKLUMAN PENTING(20 Mac 2014)

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

MESYUARAT  PENYELARASAN  PESTA PANTUN
SEKOLAH  MENENGAH  DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pesta Pantun Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah tahun 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

          Tarikh                    :   3 April 2014
          Masa                      :   2:30 petang
          Tempat                  :   Bilik Mesyuarat , SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota
          Agenda  Mesyuarat
            1.       Ucapan Pengerusi
          2.       Ucapan  Tuan PPD / Wakil
          3.       Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa
          4.       Taklimat Pertandingan
          5.       Kewangan
          6.       Hal-Hal Lain
          Pengerusi mesyuarat : Tuan Pengetua SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota
         
3.       Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar dapat memberikan kebenaran serta pelepasan tugas harian kepada pegawai berkenaan untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat amatlah dihargai serta  diucapkan ribuan terima kasih.
________________________________________________________________________

MAKLUMAN PENTING

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

MESYUARAT  PENGELOLAAN  PERTANDINGAN KARNIVAL
BAHASA SEKOLAH  RENDAH  DAERAH PERAK TENGAH  TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan Karnival Bahasa Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah tahun 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                   Tarikh                        :   2 April 2014
                        Masa                          :   2:30 petang
                        Tempat                      :   Bilik Mesyuarat SK Iskandar Perdana
                        Agenda  Mesyuarat
                        1.       Ucapan Pengerusi
                   2.       Ucapan  Tuan PPD / Wakil
                   3.       Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SR)
                   4.       Taklimat Pertandingan
                   5.       Kewangan
                   6.       Hal-Hal Lain
                   Pengerusi mesyuarat : Guru Besar SK.Iskandar Perdana

3.       Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar dapat memberikan kebenaran serta pelepasan tugas harian kepada pegawai berkenaan untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat amatlah dihargai serta  diucapkan ribuan terima kasih.
_________________________________________________________________________________ 

MAKLUMAN PENTING

MESYUARAT PENGELOLAAN PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH 2014

Kepada sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan sahibba sekolah rendah sila hadir mesyuarat seperti ketetapan berikut:

Tarikh       : 19 Mac 2014(Rabu)
Tempat    : Bilik Mesyuarat SK Iskandar Shah
Masa        : 2.30 petang

Surat-surat telah difaks ke semua sekolah rendah
______________________________________________________________________________
Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

AKTIVITI NATIONAL ROBOTIC COMPETITION(NSC) 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/5/2/Jld.4(37) bertarikh 14 Mac 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Sasbadi Sdn.Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia  akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini terbuka kepada semua murid sekolah di sekolah menengah di seluruh negara.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2014. Urusan pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari laman web http://nrc.sasbadi.com

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia pertandingan, En.Noor Faiz bin Zulkiflee di talian 012-5796886.

Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Pengetua,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan / Puan ,

PERTANDINGAN NATIONAL SCIENCE CHALENGGE (NSC) 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas, Surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk(KOKU)4531/5/10/Jld.12(16) bertarikh 14 Mac 2014 adalah berkaitan.

2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa Akademi Sains Malaysia akan menganjurkan aktiviti tersebut di atas seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan Empat aliran sains sahaja.

3.         Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid sekolah tuan dan pihak sekolah digalakkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mac 2014. Urusan pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari laman web www.nsc.my.

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami En.Ahmad Azuwan bin Ismail Pen.PPD Kokurikulum Akademik (Men) di talian 05-3711272/013-4365511, atau rujuk urusetia pertandingan, En.Asyraf bin Saedon di talian 03-62030633

Kerjasama tuan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.