BAUCER BUKU 1 MALAYSIA 2017

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.


SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH

SMK ISKANDAR SHAH
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB
SMKA SULTAN AZLAN SHAH 
SM RAJA NAZRIN SHAH


Tuan/Puan,

PENGUMPULAN DATA PELAJAR BERSTATUS AKTIF PADA 31 DISEMBER 2016 BAGI PROGRAM KAD DEBIT PELAJAR TAHUN 2017

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2.         Dimaklumkan bahwa agihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2017 dijangka akan dilaksanakan dan diedarkan kepada pelajar mulai Februari 2017.  Oleh kerana pemberian (BB1M) pada tahun 2017 adalah berbentuk Kad Debit, terdapat beberapa maklumat tambahan yang diperlukan daripada maklumat yang sedia ada. Kriteria kelayakan bagi penerima Kad Debit Pelajar 2017 adalah seperti berikut:

1.    Warganegara Malaysia; 
2.    Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Kad Debit Pelajar 2017;
3.    Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2016;
4.    Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
5.    Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
6.    Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

3.         Sehubungan itu, Format data tambahan berbentuk excel yang telah disediakan untuk tindakan tuan/ puan dengan segera boleh di muat turun di bawah.

4.         Maklumat pelajar tersebut hendaklah dikemukakan terus kepada PPD Hem Perak tengah  melalui email   hemperaktengah@gmail.com pada atau sebelum 3 Januari 2017 (Selasa) . Kelewatan menyalurkan maklumat tersebut akan menggangu kelancaran agihan (BB1M) Tahun 2017 dan pihak tuan/ puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku keciciran penerima (BB1M).


5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371. 


Tiada ulasan: