Rabu, 10 Januari 2018

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

PENGETUA DAN GURU BESAR
DAERAH PERAK TENGAH

Tuan,
SURAT SIARAN DAN GARIS PANDUAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) TAHUN 2018 KEPADA MURID SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

Dengan segala homatnya saya merujuk surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM.800-4/1/5 Jld.11 (29) bertarikh 2 Januari 2018.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BKAP1M) pada tahun 2017 akan diteruskan pelaksanaan pada tahun 2018. Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga murid.

3.         Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2018 pelaksanaan BAP akan diteruskan berdasarkan Surat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2018 Bagi Sekolah Kerajaan (SK) Dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), KPM.800-4/1/5 Jld 11(29) bertarikh 2 Januari 2018 dan dirujuk bersamaGaris Panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 Kepada Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

4.         Pihak tuan dimohon melaksanakan bayaran BAP berdasarkan Senarai Semak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seperti di (Lampiran A2). Sekiranya peruntukan sekolah tidak mencukupi, tuan perlu membuat permohonan tambahan selewat-lewatnya pada 28 FEBRUARI 2018 dengan menggunakan borang seperti di (Lampiran C2).

5.        Bersama-sama ini dilampirkan surat siaran dan garis panduan untuk rujukan tuan SERTA senarai nama sekolah , no akaun, nama bank dan jumlah bayaran yang akan bermula 12 Januari 2018. 

MUAT TURUN


Tiada ulasan: