Jumaat, 27 Januari 2017

INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH TAHUN 2017

Assalamualaikum dan Salam Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah -Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan/Puan,

INSTRUMEN PEMANTAUAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk

2. Mohon untuk memuat turun borang tersebut (Sila download di bawah), dan lengkapkan untuk Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tuan.

3. Bagi Guru Bimbingan Lantikan Dalaman Sekolah tidak perlu mengisi Perkara 2.1, 3.1, 3.2, dan 3.3.

4. Borang yang telah lengkap diisi , mohon dikembalikan pada atau sebelum 13 Februari 2017 (ISNIN) ke PPD Perak Tengah, u.p : En. Hamshah bin Noraini. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan Kaunseling  PPD Perak Tengah di talian 0193468209.

Kerjasama dan keprihatinan tuan berhubung perkara di atas sangat dihargai.

Sila Muat Turun Instrumen:

Khamis, 26 Januari 2017

INSURANS MURID


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) BAGI MURID PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH MENENGAH DAN TINGKATAN ENAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.800-4/1/33 jld.2(3) bertarikh 9 Januari 2017 dan surat JPN Perak  J.Pel.Pk.(HEM)5128/9/3 (38) bertarikh 23 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan panduan dan tatacara berkenaan (muat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/). Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM di bawah pentadbiran tuan.
3.         Maklumat ini perlu disebarluas kepada ibu bapa murid sekolah tuan puan.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DIBAWAH

RMT 2017

Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PERUNTUKAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.400-5/1/3 jld.5(33) bertarikh 23 Januari 2017 dan surat JPN Perak  J.PEL. PK (HEM)5128/10/8 Jld.6 (2) bertarikh 25 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan menurunkan peruntukan RMT kepada semua sekolah rendah Negeri Perak bagi urusan Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun 2017.
3.         Pengagihan peruntukan adalah dengan kaedah tambah nilai (topup) daripada baki tahun 2016 dengan keperluan semasa iaitu bilangan murid x 190 hari x RM2.50 tolak (-) baki 2016 = jumlah peruntukan yang diterima oleh sekolah.
3.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.

KWAPM 2017

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.2 TAHUN 2017
BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.100-1/7/1 jld.6(15) bertarikh 18 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan surat Pekeliling Kewangan Bil.2 serta garis panduan berkenaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) (muat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/) dan tuan diminta mengambil tindakan seperti dalam surat pekeliling tersebut. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras bantuan sekolah di bawah pentadbiran tuan.
3.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.

BKAP1M 2017

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA BAGI TAHUN 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/9/1(12) bertarikh 23 Januari 2017 dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.800-4/1/5 jld.9(12) bertarikh 13 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan surat siaran serta garis panduan berkenaan (muat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/) dan tuan diminta mengambil tindakan seperti dalam surat KPM tersebut. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras bantuan sekolah di bawah pentadbiran tuan.
3.         Pihak tuan juga dipohon untuk memantau dan memastikan proses pembayaran yang dilaksanakan di sekolah mengikut Garis Panduan Khas Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia di sekolah tuan.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.

muat turun

PENGURUSAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KPM DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH


Assalamualaikum dan Salam Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan 


Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Tuan,

PENGURUSAN DAN PEMATUHAN DASAR-DASAR PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KPM DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menyediakan satu Garis Panduan Pelaksanaan dan Pematuhan Dasar-dasar Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah bertujuan membantu pihak sekolah mengurus, mentadbir dan melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran 1 - Garis Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselingdi sekolah-sekolah negeri Perak. Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi garis panduan ini dan dilaksanakan secara lebih berkesan kepada murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Sila Muat Turun :-


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017


Assalamualaikum dan Salam Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan 

Kepada
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Tuan

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia akan mengadakan program yang tersebut di atas pada tarikh 5 dan 6 Februari 2017 serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan di SMK Seri Londang.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon semua sekolah di negeri ini mengadakan Program Jom Ke Sekolah di peringkat sekolah masing-masing pada ketentuan seperti berikut:

TARIKH : 6 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 8.05 PAGI (WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)

TETAMU JEMPUTAN : PEGAWAI POLIS PERHUBUNGAN SEKOLAH


4. Bersama-sama ini disertakan atur cara dan teks ucapan YB Menteri Pendidiikan dan YDH Ketua Polis Negara yang perlu dibacakan dalam program tersebut.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ahmad Azuwan b. Haji Ismail Penolong PPD Hal Ehwal Murid.

KEHADIRAN 2017

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

DATA KEHADIRAN MURID 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
2.         Untuk makluman tuan, pengisian data kehadiran murid telah diisi setiap bulan di aplikasi E-kehadiran di APDM. Tuan perlu memastikan kehadiran harian telah lengkap diisi sebelum 2 haribulan berikutnya.
3.         Sehubungan dengan itu, semua sekolah wajib menghantar data mentah kehadiran murid ke PPD Perak Tengah dengah menggunakan templet kehadiran yang boleh dimuat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/
4.         Data tersebut perlu di emailkan ke kehadiranperaktengah@gmail.com sebelum atau  2 haribulan setiap bulan untuk perhatian penyelia HEM PPD Perak Tengah.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Isnin, 23 Januari 2017

TANDAS

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan,
Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 ANJURAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.    Makluman pertandingan tersebut boleh dimuat turun di bawah.
3.    sehubungan dengan itu, sekolah - sekolah yang berminat boleh menghantar terus borang penyertaan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Tahun 2017 kepada sekretariat pertandingan seperti yang dinyatakan oleh penganjur.

muat turun

1. SURAT JPN
2. SURAT PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017 ANJURAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (SEKOLAH MENENGAH) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (SEKOLAH MENENGAH) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  24 Januari, 2017 (Selasa)
                        Tempat           :  Bilik Gerakan SMK SUNGAI RANGGAM.
                        Masa               :  3.00 petang
                        Pengerusi      :  Pengetua / Wakil
                        Pakaian          :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Bola Tampar sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian
017-5442508 atau 05-3711273.


muat turun di bawah

MESYUARAT AJK PPIM KALI PERTAMA 2017

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

MESYUARAT AJK PERGERAKAN PUTERI ISLAM  (PPIM) PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH KALI PERTAMA, 2017

Dengan hormatnya dan takzimnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Perak Tengah akan mengadakan mesyuarat AJK kali pertama seperti ketetapan beikut;


             Tarikh   : 23 Januari 2017 ( Isnin )
             Masa     : 3.00 petang
             Tempat  : Bilik Mesyuarat SMK Seri Iskandar.
3.     Sehubungan dengan itu, mohon kerjasam dan jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran serta pelepasan tugas harian kepada AJK PPIM Perhubungan Daerah Perak Tengah (seperti lampiran) untuk hadir di mesyuarat tersebut.

4.    Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

MUAT TURUN SURAT

Surat Mesyuarat AJK Kali Pertama 2017

Lampiran Senarai Nama AJK 2015/2017

KANTIN 2017

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

MAKLUMAT KANTIN YANG TIDAK MENGGUNAKAN METER BERASINGAN DAN KADAR PEMBAYARAN YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidkan Negeri Perak sedang mengumpul data mengenai penggunaan meter elektrik dan air di sekolah.
3.         Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk mengisi maklumat yang diperlukan oleh pihak JPN Perak. Hanya sekolah – sekolah yang tidak menggunakan meter berasingan sahaja perlu mengisi maklumat tersebut.

4.         Borang data boleh dimuat turun di BAWAH dan perlu diemailkan semula ke email kantinperaktengah@gmail.com sebelum 25 Januari 2017.

5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

KENDIRI KANTIN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PROGRAM KENDIRI KANTIN SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran KPM.600-14/1/55 jld.3 (5) bertarikh 22 Disember 2016 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/10/7/1(73) bertarikh 20 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa usaha-usaha menyelengara dan meningkatkan kebersihan kantin di sekolah-sekolah telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap diingini.
3.         sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk memastikan semua kantin sekolah dipertingkatkan dengan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan tahap kebersihan kantin sekolah dengan merujuk kepada arahan, pekeliling Ikhtisas, surat siaran dan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat.  
4.         Program Pemeriksaan Kendiri Kantin sekolah hendaklah dimantapkan dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pengusaha kantin. Mulai tahun 2017, pengusaha kantin diminta menguruskan borang Laporan Harian Kendiri Kantin Sekolah dengan menyediakan dan melaksanakan pemeriksaan harian di kantin. Manakala laporan Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin Sekolah hendaklah difailkan di sekolah bagi rujukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penguatkuasaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Format Laporan Kendiri Kantin Sekolah yang baru boleh dimuat turun di bawah.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BIASISWA

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TINGKATAN 2 HINGGA 4 FASA 2 ( JULAI HINGGA SEPTEMBER ) TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/2(33) bertarikh 17 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKP Tertanggung Tingkatan 2 hingga 4 fasa 2 tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 23 Disember 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi baki bayaran  tahun 2016.
3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut
3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.


4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 31 Januari 2017 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa)  di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

ASRAMA

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Asrama Harian,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMANTAUAN PEMATUHAN STANDARD KUALITI PENGURUSAN ASRAMA (SKPA) NEGERI PERAK 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/8/7(2) bertarikh 09 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Untuk makluman tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan bahawa semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah diminta melaksanakan pemantauan Pengurusan Asrama Harian berdasarkan Standard Kualiti Pengurusan Asrama Harian (SKPA) bagi tahun 2017.
3.         Sehubungan dengan itu, semua sekolah asrama harian wajib menjalankan pemantauan kendiri dan pihak JPN dan PPD akan melaksanakan pemastian pemantauan bagi tahun 2017 dengan menggunakan Instrumen Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) dan borang PK-03. Pemantauan bermula pada 9 Januari 2017 ke semua Asrama Harian.
4.         Semua sekolah Asrama Harian wajib melengkapkan pemantauan kendiri (SKPA) sebelum pemastian pemantauan oleh JPN dan PPD.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN PING PONG SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN PING PONG SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  24 Januari, 2017 (Selasa)
                        Tempat           :  Bilik Gerakan, SARJANA.
                        Masa               :  3.00 petang
                        Pengerusi      :  Pengetua  / Wakil
                        Pakaian          :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Ping Pong sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian

017-5442508 atau 05-3711273.

MUAT TURUN SURAT.

Makluman Berkenaan UPU 2017

Jumaat, 20 Januari 2017

Taklimat Karnival Bahasa Daerah Perak Tengah 2017

Semua                                                                                          
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah                 

Tuan,

TAKLIMAT  PENYELARASAN PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA KOKURIKULUM AKADEMIK SEKOLAH  RENDAH  PERINGKAT ZON DAN DAERAH  TAHUN 2017

Mohon muat turun surat berkenaan.
Terima kasih. 

Khamis, 19 Januari 2017

Bahan Taklimat PGB 2017



Assalamualaikum dan Salam Guru Penyayang

Kepada Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah


Tuan / Puan

Disini saya sertakan bahan taklimat yang telah disampaikan pada 17 Januari 2017 (Selasa) di bilik Mesyuarat SMK Seri Iskandar.

Sekian, Terima kasih.

Bahan Taklimat Pengetua & Guru Besar 2017

Rabu, 18 Januari 2017

HEM

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah
Daerah Perak Tengah.

Tuan,
BENGKEL PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

2.       Sehubungan itu, pihak PPD Perak Tengah akan mengadakan satu bengkel pengurusan HEM pada :-
Tarikh               :  10 Januari 2017
                   Masa                :  2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat             :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

3.       Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran  kepada Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM sekolah tuan hadir ke bengkel tersebut. Mohon Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM mengisi maklumat terkini HEM di ” google form” di bawah. Maklumat yang perlu diisi adalah maklumat terkini Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM dan maklumat pengusaha kantin yang terbaru.

4.       Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.
Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .


Sekian, terima kasih.


SUKAN DAN PERMAINAN

PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Tuan,

Taklimat pengelolaan Sukan dan Permainan MSSD  Daerah Perak Tengah 2017.
mohon sekolah yang terlibat untuk muat turun surat di bawah.
sekian terima kasih.

MUAT TURUN SURAT DIBAWAH

1. Taklimat Pengelolaan Kejohanan Badminton Sekolah Menengah
2. Taklimat Pengelolaan Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah
3. Taklimat Pengelolaan Kejohanan Sepak Takraw Sekolah Menengah

ASRAMA


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Asrama Harian,
Daerah Perak Tengah.
(up:- Penyelia Asrama)

ANGGARAN PERMOHONAN PERBELANJAAN PEMBAIKAN KECIL ASRAMA SEKOLAH ASRAMA HARIAN NEGERI PERAK 2017

Mohon semua Penyelia Asrama melengkapkan maklumat Anggaran Permohonan Perbelanjaan Pembaikan Kecil Asrama Sekolah Asrama Harian Negeri Perak 2017 menggunakan lampiran di bawah. Email semula maklumat tersebut ke email asramaharianpet@gmail.com sebelum atau pada 24 Januari 2017. Terima Kasih.

BORANG PERMOHONAN PERBELANJAAN PEMBAIKAN KECIL ASRAMA SEKOLAH ASRAMA HARIAN NEGERI PERAK.