Selasa, 24 Oktober 2017

PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN KALI KE-5 DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2017

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN KALI KE-5 DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan melaksanakan program di atas pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  28  Oktober, 2017 ( Sabtu )
                        Tempat             :  Tapak Karnival Hadapan D’Mall Seri Iskandar
                        Masa                :  8.00 pagi hingga 6.00 petang

3.         Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah menjemput sekolah tuan untuk menyertai pertandingan yang akan diadakan sempena karnival tersebut . Pertandingan tersebut adalah sepak raga ratus- lelaki ( SM ), congkak - perempuan (SM), batu seremban- perempuan (SM), bola jaring ‘3 on 3’ – perempuan (SM & SR) dan street soccer ‘3 on 3’ – lelaki ( SM & SR ).

4.         Sebarang pertanyaan dan urusan penyertaan, sila hubungi urusetia permainan yang telah ditetapkan dalam borang seperti lampiran.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;







Tiada ulasan: