Selasa, 10 Oktober 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA BERSAMA PDRM


***SEKOLAH MENENGAH SAHAJA



Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT  DAERAH PERAK TENGAH  BERSAMA PDRM  TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk surat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, 162 bertarikh 4 Oktober 2017 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa majlis  di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

Tarikh              :   14 Oktober, 2017 ( Sabtu )
                        Tempat             :  SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan
                        Masa                :  8.00 pagi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada 3 orang pegawai dan 10 orang pelajar dari sekolah tuan bagi menyertai acara larian jogathon  pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pihak penganjur menyediakan makan dan minum serta sijil penyertaan kepada semua peserta.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.  

Sila muat turun surat di bawah,

MAJLIS SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA BERSAMA PDRM

Tiada ulasan: