Rabu, 19 Julai 2017

PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK (SENIOR) PSKPP DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pemilihan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
20 Julai, 2017
Khamis
5.00 petang
Padang SMK Dato Abdul Rahman Yaakub

3.         Sehubungan dengan itu, kepada mana-mana ahli PSKPP Daerah Perak Tengah yang berminat untuk menyertai, sila hadir ke sesi pemilihan pada tarikh, hari, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pengerusi Permainan PSKPP Bola Sepak (Senior) Pengetua SMK Dato Seri Maharaja Lela di talian 05-6311250 atau En. Kharulnizam B Abdul Rahim (PTPS) di talian 019-7317725.
Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH




Tiada ulasan: