Khamis, 16 Mac 2017

KANTIN

Pengarah, Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT) DAN PROGRAM KENDIRI KANTIN/DEWAN MAKAN 2017

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Perak Tengah bersama pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua penyelaras / guru kantin serta pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

Pengusaha kantin dan Pembekal dapur asrama
Tarikh                :  21 Mac 2017(Selasa)
                        Masa                  :  9.00 pg
Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

Penyelaras / Guru kantin dan dapur asrama
Tarikh                            :  4 April 2017(Selasa)
                        Masa                  :  2.30 ptg
Tempat              :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

3.       Kehadiran adalah diwajibkan. Segala kerjasama dan bantuan akan membantu melancarkan lagi program yang dijalankan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih.

surat panggilan taklimat



Tiada ulasan: