Khamis, 23 Februari 2017

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  24 hingga 26 Februari 2017
                        Tempat           :  Dewan Persatuan Hokkien, Gerik
                        Masa               :  8.00 pagi - 6.00 petang
                        Penginapan   : Asrama SMK Sultan Idris Shah II, Gerik
                        Lapor diri       : 3.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pegawai tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang . Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.


4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508. 


Sila muat turun surat di bawah;



Tiada ulasan: