Khamis, 29 Disember 2016

BIASISWA

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TERTANGGUNG TAHUN FASA 2 TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/3(44) bertarikh 13 Disember 2016 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU Tertanggung fasa 2 tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26 November 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi bayaran 6 bulan tahun 2016.
3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut

3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.

4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 30 Disember 2016 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa)  di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

Sekian, terima kasih.

RMT 2017

Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

PELAKSANAAN  PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah tahun 2017 akan bermula pada hari pertama persekolahan ( bagi murid tahun 2 hingga tahun 6 )

3.         Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memastikan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berjalan dengan lancar. Mohon tuan untuk muat turun surat arahan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Buku Panduan Pengurusan RMT di di bawah.

4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 013-5072246.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
 


muat turun :-  RMT 2017
                    BUKU PANDUAN PENGURUSAN RMT



BAUCER BUKU 1 MALAYSIA (BB1M)

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.


SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH
SMK ISKANDAR SHAH
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB
SMKA SULTAN AZLAN SHAH 
SM RAJA NAZRIN SHAH

Tuan/Puan,

PENGUMPULAN DATA PELAJAR BERSTATUS AKTIF PADA 31 DISEMBER 2016 BAGI PROGRAM KAD DEBIT PELAJAR TAHUN 2017

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas

2.         Dimaklumkan bahwa agihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2017 dijangka akan dilaksanakan dan diedarkan kepada pelajar mulai Februari 2017.  Oleh kerana pemberian (BB1M) pada tahun 2017 adalah berbentuk Kad Debit, terdapat beberapa maklumat tambahan yang diperlukan daripada maklumat yang sedia ada. Kriteria kelayakan bagi penerima Kad Debit Pelajar 2017 adalah seperti berikut:

1.    Warganegara Malaysia; 
2.    Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Kad Debit Pelajar 2017;
3.    Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2016;
4.    Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
5.    Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
6.    Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

3.         Sehubungan itu, Format data tambahan berbentuk excel yang telah disediakan untuk tindakan tuan/ puan dengan segera boleh di muat turun di bawah.

4.         Maklumat pelajar tersebut hendaklah dikemukakan terus kepada PPD Hem Perak tengah  melalui email   hemperaktengah@gmail.com pada atau sebelum 3 Januari 2017 (Selasa) . Kelewatan menyalurkan maklumat tersebut akan menggangu kelancaran agihan (BB1M) Tahun 2017 dan pihak tuan/ puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku keciciran penerima (BB1M).


5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371. 


Isnin, 19 Disember 2016

Selayang Pandang Taklimat Pengurusan PPD Perak Tengah

Taklimat Unit Akademik Oleh Ketua Unit Akademik En. Munis

Ucapan En. Zaudi B Haji Lebai Mat 

Ucapan Timbalan PPD Perak Tengah
En. Ahmad Zakuan 


Ucapan Penutup Oleh Tuan PPD 




Taklimat Unit Pembangunan Kemanusiaan Oleh En. Ahmad Azuwan 



Gambar Kenangan Bersama YB Dato Drs Mohd Nizar



Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) DAN RUMUSAN BAKI KEWANGAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Laporan prestasi perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) untuk bayaran RM 2.50 perlu dihantar ke PPD Perak Tengah 4 kali setahun. Kutipan fasa terakhir perlu dihantar segera ke PPD Perak tengah.

3.         Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat menyampaikan makluman ini kepada PK/GK HEM / Penyelaras RMT / Pembantu Tadbir sekolah tuan untuk menghantar Laporan Prestasi Perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan maklumat baki kewangan RMT tahun 2016 segera sebelum 23 Disember 2016 untuk perhatian Penyelia HEM PPD Perak Tengah . Borang untuk maklumat baki kewangan (LAMPIRAN RMT-B2016) boleh dimuat turun di bawah.

4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 019-5034371.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


Laluan Pendidikan Selepas PT3

Jumaat, 16 Disember 2016

Bahan Perbentangan Unit Pembangunan Kemanusiaan Tahun 2017

Kepada
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Assalamualaikum dan salam hormat

Tuan,

Bahan Perbentangan Unit Pembangunan Kemanusiaan Tahun 2017

Perkara di atas adalah dirujuk

Disini disertakan bahan perbentangan Unit Pembangunan Kemanusiaan tahun 2017 yang telah dibentang pada 15 Disember 2016 di BTN Balik Pulau merangkumi semua sub unit iaitu:

1. Hal Ehwal Murid
2. Kokurikulum
3. Ko Akademik
4. Sukan
5. Bimbingan dan Kaunseling
6. Pendidikan Pencegahan Dadah

Sila muat turun bahan berkenaan:-

Bahan Perbentangan Unit Pembangunan Kemanusiaan Sesi 2017

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN SATU (1) SEK SENI MALAYSIA AMBILAN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Sek Seni Malaysia Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 15 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Sila layari www.moe.gov.my di menu ePerkhidmatan untuk maklumat lanjut.

SEMAKAN TAWARAN RAYUAN KE TINGKATAN EMPAT (4) SEK MEN PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL AMBILAN 2017


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Rayuan  Ke Tingkatan Empat (4) Sek Men Pendidikan Khas Vokasional Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 15 Disember 2016 sehingga 23 Disember 2016. Sila layari www.moe.gov.my di bahagian menu e-Perkhidmatan untuk maklumat lanjut.

SEMAKAN TAWARAN DAN E-RAYUAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2017


SEMAKAN TAWARAN DAN e-RAYUAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2017 akan dibuka mulai 14 Disember 2016 hingga 5 Januari 2017 di http://www.moe.gov.my 

Kredit: :Laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Selasa, 6 Disember 2016

Isnin, 5 Disember 2016

PERMOHONAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017


Assalamualaikum dan salam hormat pada semua

Untuk makluman kepada Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016 dipelawa untuk memohon Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2017. 

Sila layari https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/index.cfm mulai 11 Oktober 2016 sehingga 25 Disember 2016

PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2017/2018


Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2017/2018 DILANJUTKAN sehingga 24 Disember 2016

Sila layari http://www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

Khamis, 1 Disember 2016

PERMOHONAN MURID SECARA ONLINE KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT(4) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan ke Tingkatan Empat(4) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2017 akan dibuka mulai 1 Disember 2016 di http://www.moe.gov.my

TARIKH TUTUP: 30 DISEMBER 2016

SELAYANG PANDANG MISI AMAL SEMPENA HARI PUTERI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2016





Ucapan Perasmi 

YB DATO' ZAINOL FADZI BIN HJ. PAHARUDIN




Penglibatan Bersama Agensi Yang Membantu Kelancaran Program 




Persembahan Penutup Oleh Anak Puteri 

Hari Kedua 29.11.2016