Isnin, 31 Oktober 2016

MAKLUMAT KECICIRAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2016

Semua Pengetua / Guru Besar
Semua Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
 
 
Tuan,
 
MAKLUMAT KECICIRAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2016
 
 
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengumpul maklumat keciciran murid sehingga 31 Oktober 2016 seperti berikut:
 
            2.1       Sekolah Rendah
                        2.1.1   Maklumat keciciran murid perdana (Tahun 1 hingga Tahun 6)
                        
          2.2       Sekolah Menengah
                        2.2.1    Maklumat keciciran murid perdana (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
                         
3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk mengisi dan melengkapkan maklumat keciciran seperti dalam lampiran yang disediakan.
 
4.         Data maklumat keciciran murid bagi Sekolah Rendah yang telah lengkap hendaklah diemelkan kepada En. Abu Hanipah Bin Panjang Abdul Rahim, Penyelia Sekolah Rendah di alamat emel ahp_parim59@yahoo.com dan data maklumat keciciran murid bagi Sekolah Menengah diemailkan kepada En. Ayub Zamri Bin Halimi, Penolong PPD Menengah (Murid) di alamat emel ayubzamrihalimi@yahoo.com sebelum atau pada 
10 November 2016. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berkenaan di talian 05-371 1273 / 371 2717.
 
Perhatian dan kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

 
Unit Pengurusan Sekolah
 
b.p.:   Pegawai Pendidikan Daerah, Perak Tengah


Jumaat, 21 Oktober 2016

MODUL PENGURUSAN MURID (MPM)


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan/Puan,
BENGKEL KERJA VERIFIKASI DATA RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN PENETAPAN SUBJEK BAGI MODUL PENGURUSAN MURID (MPM) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM dan Penetapan Subjek Bagi Modul Pengurusan Murid (MPM) kepada semua  Penolong Kanan HEM / Guru Kanan Hem bagi tahun 2016. Maklumat bengkel adalah seperti ketentuan di bawah :
                        Tarikh             : 3 NOVEMBER 2016 ( KHAMIS )
Masa                : 8:30 pagi – 5:00 petang
                        Tempat             : DEWAN AL-BIRUNI PPD PERAK TENGAH
3.         Sehubungan itu, tuan / puan dipohon untuk memberi pelepasan kepada Penolong Kanan HEM/guru Kanan Hem sekolah tuan/puan untuk hadir ke sesi bengkel berkenaan. Tuan / puan dimohon untuk memuat turun data verifikasi murid di Bawah dan tuan / puan dimohon untuk mengemaskini data tersebut di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Jika data yang diberi adalah betul, tuan / puan dimohon untuk membawa justifikasi untuk data tersebut. Pengemakinian data tersebut perlu diselesaikan pada atau sebelum 1 November 2016.
4.         Sebarang masalah berkaitan dengan bengkel di atas sila hubungi Encik Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM, PPD Perak Tengah di talian 019-5034371. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan .
Sekian terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

MUAT TURUN DI BAWAH

Rabu, 12 Oktober 2016

KWAPM 2016

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) DAN BANTUAN BULANAN (BB) KEPADA MURID TINGKATAN 1 DAN TAHUN 1 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) DAN eKASIH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat kementerian pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10JLD18(81) bertarikh 28 September 2016 .

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tingkatan 1dan tahun 1 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun di bawah.

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.


Sekian, terima kasih.


SILA MUAT TURUN DISINI

KWAPM TAHUN 1


KWAPM TINGKATAN 1




Selasa, 11 Oktober 2016

KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

SIMPOSIUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KPM 2016

Wakil Perak Tengah SK Bota Kiri akan membentang amalan disiplin terbaik sekolah rendah  peringkat kebangsaan.
 Semoga Berjaya

MAKLUMAT PENTING CALON SPM 2016

MAKLUMAT PENTING CALON SPM 2016
Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2017/2018 akan
DITUTUP pada 30 November 2016.
Sila layari

Selasa, 4 Oktober 2016

SURAT SIARAN KPM BIL.10 . 1SEKOLAH 1 SILAT

Pengetua dan Guru Besar,
SekolahSekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 10 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM 1SEKOLAH 1 SILAT

Dengan hormatnya saya merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.PEL.PK.(KOKU)4531116 JLD.6 (42) bertarikh 30 September 2016 untuk perhatian dan tindakan tuan.

Mohon pihak tuan untuk memuat turun surat siaran dan garis panduan ada pautan di bawah :

surat siaran KPM dan Garis Panduan 1 SEKOLAH 1 SILAT