Khamis, 29 September 2016

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN DAN DATA KEHADIRAN KOKURIKULUM 2016

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN DAN DATA PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI KOKUTIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH DALAM DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2016

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas dan surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pel>Pk>(KOKU) 4531/8 Jld.4 (6) bertarikh 15 September 2016 adalah berkaitan.

2.       Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Perak akan membuat pengumpulan data-data tersebut di atas seperti tarikh-tarikh berikut :

         1. Data Peruntukan Kewangan Kokurikulum - Sebelum atau ada 20 Oktober 2016
         2. Data Kehadiran Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum - Sebelum atau ada 20 Oktober 2016

Mohon pihak tuan untuk memuat turun :
 1. Surat
 2. Format Pelaporan Data Kewangan dan Data Penglibatan ada pautan di bawah:

Surat

Format Pelaporan Kewangan 2016

Format Penglibatan Murid 2016

Khamis, 15 September 2016

Program Pembugaran Emosi dan Restu Bonda Anak Angkat BAIDURI Negeri Perak 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Pengetua 
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 
Seperti Lampiran

Tuan

Program Pembugaran Emosi dan Restu Bonda Anak Angkat BAIDURI Negeri Perak 2016 

Perkara di atas adalah dirujuk

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) akan mengadakan program di atas seperti ketentuan berikut:-

                                           Tarikh: 23 hingga 25 September 2016
                                          Tempat: Kem PLKN Desa Rimba Kuala Kangsar
                           Masa Pendaftaran: 3.00 petang 

Sehubungan itu mohon kerjasama tuan untuk memastikan murid seperti lampiran menghadiri program berkenaan. Pihak sekolah diminta hubungi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri untuk tujuan pengangkutan murid berkenaan. Pohon juga patuhi SOP, KPM sedia ada serta borang kebenaran ibu bapa / penjaga murid yang terlibat. 


Sekian, terima kasih

Bengkel Penilaian Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin Peringkat Kebangsaan 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 
Seperti Lampiran

Tuan

Bengkel Penilaian Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin Peringkat Kebangsaan 2016

Perkara di atas adalah dirujuk

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan program di atas seperti ketentuan berikut:-

                                           Tarikh: 20-22 September 2016
                                          Tempat: Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah 

Sehubungan itu pegawai tuan seperti lampiran dilantik sebagai Urus Setia dalam bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Hamshah b Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 05-3711273.

Sekian, terima kasih.


RMT

Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

TAKLIMAT PELAKSANAAN PELUASAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat kepada Penolong Kanan HEM / Guru Kanan HEM sekolah – sekolah Daerah Perak Tengah seperti ketetapan di bawah :

                        Tarikh                 :  19 September 2016 ( Isnin )
                        Masa                  :  9.00 Pg
                        Tempat               :  Bilik Mesyuarat SK Titi Gantung

3.         Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat menyampaikan makluman ini kepada PK/GK HEM sekolah tuan untuk hadir tanpa wakil ke bengkel tersebut.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 013-5072246.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


BAHAN-BAHAN RMT


Hiasan Bulan Kebangsaan 2016

SK Layang-Layang Kanan 


SK Bukit Chupak 

Khamis, 8 September 2016

Bengkel Saf Resilent Peringkat Daerah Perak Tengah 2016


Bengkel Saf Resilent Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2016
Tarikh: 7 September 2016, Rabu
Tempat: Pusat Kokurikulum Daerah Perak Tengah
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Perasmi: Timbalan PPD Perak Tengah
Modul: MGKK Perak Tengah
Sasaran: 40 orang murid Tingkatan 1
Personalia: MGKK Perak Tengah, AADK Perak Tengah dan MAIPk
Objektif: Meningkatkan potensi diri murid ke arah sahsiah cemerlang.


Selasa, 6 September 2016

Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2016


Lawatan Ke Sekolah Bagi Hiasan Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Perak Tengah 2016



Program Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Bersama MERCY Malaysia Fasa 2 2016






Program Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Bersama MERCY Malaysia Fasa 2 Tahun 2016
Tarikh: 3 September 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat:
SMK Sultan Muhammad Shah
SMK Dato Seri Maharaja Lela Kg Gajah
SMA Maahad Ehyak Diniah Islamiah
SMK Sultan Muzafar Shah 1

Matlamat: Mendidik peserta berkenaan jenis-jenis bencana alam serta menekankan aspek kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Tahniah dan terima kasih atas komitmen para guru dalam menguruskan program ini bersama MERCY Malaysia.

Khamis, 1 September 2016

Moh Nolong Sekolah (MnOS) SMK Layang-layang Kiri 2016

Tahniah kepada pengurusan sekolah SMK Layang-layang Kiri dalam penganjuran Program Moh Nolong Sekolah (MNoS) Tahun 2016. Semoga objektif program dalam mengalakkan lagi penglibatan komuniti dalam membantu pihak sekolah bagi meningkatkan kejayaan dalam bidang pendidikan dan sahsiah dapat direalisasikan.