Isnin, 29 Ogos 2016

PERMOHONAN MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK) TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (SMPK) DAN SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL (SMPKV) SECARA DALAM TALIAN BAGI KEMASUKAN 2017

Informasi Permohonan Murid Berkepeluan Khas Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Pendidikan Khas

Tips Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Peperiksaan.

Peperiksaan Semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum peperiksaan. 


Memandangkan minggu ini bermulannya peperiksaan UPSR. Saya akan kongsikan tips ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Tips ini in sha Allah boleh membantu anak-anak dalam mengulangkaji dengan berkesan.

1. Semak Jadual Peperiksaan.
Pertama sekali, semak jadual (highlightkan subjek yang akan dihadapi) anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana terlebih dahulu. Fokus subjek yang sukar agar dapat seimbang dengan subjek yang telah dikuasai.


2. Buat Latih Tubi
Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas dan re test (jawab semula) soalan-soalan Pra UPSR, Percubaan dan yang relevan. Atau buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula. Kemudian buat latihan semula. Biasakan diri dengan masa menjawab kertas soalan sebagai contoh masa menjawab 1 jam jadi set masa supaya selaras dengan masa peperiksaan. Hal ini membantu murid untuk pengurusan masa ketika peperiksaan sebenar.


3. Tetapkan matlamat ulangkaji

Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji. Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut. Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.


4. Fahamkan subjek
Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan.


5. Masa rehat dan kesihatan adalah penting

Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5 jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar bilik atau rumah anda. Banyakkan minum air mineral dan susun jadual beriadah sebab badan cergas otak cerdas.


6. Tulis dan Imaginasikan
Baca satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri. Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta pemikiran yang mudah anda fahami.


7. Soal jawab dengan rakan
Kebaikannya adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda. Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Sebagai contoh ada yang mengunakan kaedah guru muda yakni rakan2 membantu dengan cara mengajar apa yang dia kuasai. Secara tidak langsung kefahaman yang ada itu meningkat.

8. Jaga hubungan dengan Allah, Guru-guru dan rakan
Hendaklah murid-murid menjaga hubungan dengan ketiga-tiga ini kerana apabila usaha telah dilakukan dengan gigih disusuli dengan doa dan ibadah yang dilakukan. Semoga kejayaan milik kalian.

Kepada ibu bapa berikanlah sokongan dan bantuan kepada anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Doakan lah mereka menjadi anak yang baik dan cemerlang dalam akademik. 

Kepada guru-guru teruskan usaha membantu anak-anak murid berjaya. Tahniah dan terima kasih cikgu.

Jumaat, 26 Ogos 2016

TERKINI : Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016

Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016
(Status Sehingga 31 Julai 2016)

Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas.

2.   Mohon kerjasama kepada sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah agar dapat menghantar senarai semak pembugaran aktiviti PPDa ke PPD Perak Tengah secepat mungkin untuk dipanjangkan data tersebut ke Jabatan pada atau sebelum 26 Ogos 2016. Senarai semak boleh di Upload dari portal PPD.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD PPDa,
PPD Perak Tengah.

Sekolah Rendah.                                                              Sekolah Menengah.
1.   SK Sungai Galah                                                         1. SMK Sultan Muhammad Shah
2.   SK Simpang Tiga                                                      
3.   SK Pasir Gajah                                                          
4.   SK Changkat Banjar                                                  
5.   SK Sungai Ranggam                                                  
6.   SK Toh Paduka Raja
7.   SK Pulau Juar
8.   SK Suak Padi
9.   SK Bandar
10. SK Chenderung Kelubi
11. SJK(T) Ladang Buluh Akar

Selayang Pandang Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Daerah Perak Tengah 2016
























Khamis, 25 Ogos 2016

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN BOLA BALING DAERAH PERAK TENGAH 2016


Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016


Senarai Semak Pembugaran Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 2016
(Status Sehingga 31 Julai 2016)

Sukacita dimaklumkan perkara seperti di atas.

2.   Mohon kerjasama kepada sekolah-sekolah yang disenaraikan di bawah agar dapat menghantar senarai semak pembugaran aktiviti PPDa ke PPD Perak Tengah secepat mungkin untuk dipanjangkan data tersebut ke Jabatan pada atau sebelum 26 Ogos 2016. Senarai semak boleh di apload dari portal 11PPD.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD PPDa,
PPD Perak Tengah.

Sekolah Rendah.                                                              Sekolah Menengah.
1.   SK Sungai Galah                                                         1. SMK Sultan Muhammad Shah
2.   SK Balun Bidai                                                           2. SMK Changkat Lada
3.   SK Tepus             (_/)                                                  3. SABK Maahad Al Aziz
4.   SK Tanjong Belanja       (_/)                                       4. SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah
5.   SK Simpang Tiga                                                        5. SMK Seri Londang
6.   SK Pasir Gajah
7.   SK Changkat Banjar
8.   SK Telok Perang        (_/)
9.   SK Layang-Layang Kanan    (_/)
10. SK Cikgu Mior Shaharuddin
11. SK Sungai Ranggam
12. SK Selat Pulau
13. SK Raja Chulan
14. SK Pulau Tiga Kiri
15. SK Toh Paduka Raja
16. SK Pulau Juar
17. SK Bandar Tua
18. SK Suak Padi
19. SK Bandar
20. SK Sungai Besar
21. SK Chenderung Kelubi
22. SK Felcra Nasaruddin    (_/)
23. SJK(T) Ladang Buluh Akar

Rabu, 24 Ogos 2016

Selayang Pandang Program dan Aktiviti Unit Pembangunan Kemanusiaan




KANTIN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT)OLEH UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN BERSAMA PEGAWAI SAINS (PEMAKANAN) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

Program       : Taklimat Katering Sihat, Keselamatan Makanan & Program      
  BeSS
          Tarikh          : 30 September 2016
          Tempat         : Bilik Seminar, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah
          Masa            : 2.45 petang – 5.00 petang


3.       Semoga dengan kehadiran pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah tuan  akan membantu melancarkan lagi program yang dijalan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih. 


BULAN KEMERDEKAAN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

PERTANDINGAN HIASAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAERAH PERAK TENGAN TAHUN 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pihak Pejabat Pendidikan Daerah akan mengadakan pertandingan Hiasan sempena Bulan Kemerdekaan.
3.         Sehubungan itu, Pihak sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh menghantar borang penyertaan sebelum @ Pada 30 Ogos 2016
(U.P En. Ahmad Azuwan Bin Haji Ismail, Penolong PPD HEM ). Sila Muat turun borang di bawah.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Azuwan bin Ismail  (Penolong PPD HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 013-4365511.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



TAKLIMAT PENATARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN INSTRUMEN BAGI UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 2016.

Semua Guru Besar 
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah 

Assalamulaikum dan salam hormat


TAKLIMAT PENATARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN INSTRUMEN BAGI UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 2016.


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat di atas seperti ketetapan berikut:
                        
                        Tarikh             : 24 Ogos  2016 (Rabu)
                        Masa               : 2.15 petang
                        Tempat           : Bilik Tutorial, SK Seri Iskandar
                                   
3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi kebenaran kepada SEORANG Guru Bimbingan di sekolah tuan hadir ke taklimat  tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711 273.

Surat telah difaks ke sekolah dan dimasukkan dalam portal rasmi PPD Perak Tengah 

Jumaat, 19 Ogos 2016

Makluman

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Perak Tengah.

JEMPUTAN DAN HEBAHAN UNTUK MENYERTAI KAYUHAN MERDEKA SEHATI SEJIWA, MAJLIS BANDARAYA IPOH 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Kayuhan Merdeka Sehati Sejiwa pada hari Selasa bersamaan 30 Ogos 2016. Anjuran ini adalah bersempena bagi menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 59.

2.     Untuk makluman, berikut maklumat program yang berkenaan.

        Tarikh     : 30 Ogos 2016, Selasa
        Masa       : 7.00 malam
        Lokasi     : Dataran Bandaraya Ipoh

Tuan/puan dipohon menghebahkan kepada warga pendidikan dan sekolah. Pendaftaran atas talian boleh dibuat melalui portal rasmi MBI di laman sesawang kayuhanmerdeka@mbi.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2016.

Sekian, Terima kasih

Isnin, 15 Ogos 2016

Data Maklumat Guru Bimbingan Lantikan Sekolah Daerah Perak Tengah Tahun 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada Semua Guru Besar
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Data Maklumat Guru Bimbingan Lantikan Sekolah Daerah Perak Tengah Tahun 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengemaskini data guru bimbingan lantikan sekolah di daerah Perak Tengah bagi penggal kedua 2016. Justeru mohon kepada tuan untuk mengisi data google form berkenaan tersebut:-

Borang Maklumat Guru Bimbingan Lantikan Sekolah

Kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Hamshah Bin Noraini
Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah

Program # Kami Juara SPM Sekolah G16 Daerah Perak Tengah 2016.

Program # Kami Juara SPM Sekolah G16 Daerah Perak Tengah 2016.
Anjuran: PPD Perak Tengah dan Majlis Guru Kaunseling Daerah Perak Tengah 
Tempat: SM Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gajah
Sasaran: 107 Calon SPM SM Raja Dr. Nazrin Shah, Kg. Gaja
Objektif: Meningkatkan motivasi diri murid menjelang peperiksaan SPM. 
Menguatkan self esteem calon SPM

Kaedah: 1 Slot Ceramah Motivasi Diri
13 Latihan Dalam Kumpulan Kecil ( Medium Elas) Modul MGKK Perak Tengah
Personalia: Guru Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah



Jumaat, 12 Ogos 2016

KANTIN

Kepada,
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH MULAI 1 DISEMBER 2016 HINGGA 30 NOVEMBER 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sekolah – sekolah yang perjanjian kantinnya tamat pada tahun 2016 perlu melaksanakan Buka Sebut Harga bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimanapun jika tedapat permohonan daripada pengusaha kantin untuk melanjutkan tempoh setahun lagi (2+1), maka Jawatankuasa Pemilih perlu bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan sekolah tuan yang akan melaksanakan sebut harga kantin perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan (rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2011)  

4.     Tuan boleh memuat turun panduan serta borang yang berkaitan di bawah untuk perhatian dan tindakan tuan

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



sila muatturun disini

ASRAMA


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah – Sekolah Asrama Harian,
Daerah Perak Tengah.


Tuan,

MAKLUMAT ASAS ASRAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk

2.       Sukacita dimaklumkan, pihak JPN Perak memerlukan data asas asrama harian KPM. Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat dan melengkapkan borang yang disediakan untuk sekolah di bawah tadbiran tuan.

3.       Sila muat turun borang maklumat Asas Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia di blog hemperaktengah dan kembalikan dalam bentuk softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com sebelum atau pada 16 Ogos 2016.

4.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Razmir b. Ahmad Nordin di talian
013-5072246.

 Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .

Sekian, terima kasih.



sila muat turun

BIASISWA


Pengetua,
Sekolah – Sekolah,
Daerah Perak Tengah.


Tuan,

PRESTASI PENERIMA SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT MELAYU PERAK

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan surat JPN bertarikh 9 Ogos 2016 rujukan : J.Pel.Pk(HEM)5128/6/1/1 Jld. 2(2) adalah berkaitan.

2.       Sukacita dimaklumkan, pihak MAIPK sedang menjalankan pemantauan prestasi akademik penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK di bawah peruntukan asnaf fakir miskin. Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat dan melengkapkan prestasi murid yang menerima Skim Bantuan Biasiswa bagi sekolah di bawah tadbiran tuan.

3.       Sila muat turun senarai nama murid yang terlibat serta format pelaporan di bawah dan kembalikan dalam bentuk softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com sebelum atau pada 15 Ogos 2016.

4.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Razmir b. Ahmad Nordin di talian
013-5072246.

 Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .


Sekian, terima kasih.

Muatturun

Isnin, 8 Ogos 2016

SPKS 2016


PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016


Pengarah Kolej Vokasional/Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(up: PK HEM/GK HEM)
Tuan
PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016 adalah berkaitan untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawanghttps://spks.moe.gov.my/ untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
      i)    Fasa 1 : bermula 1 April 2016 hingga 30 April 2016
     ii)    Fasa 2:  bermula  1 Ogos 2016 hingga 31 Ogos 2016

3.   Bersama-sama ini disertakan  surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016.

Sekian, terima kasih


Ahad, 7 Ogos 2016

Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (LPBK) Fasa 1 2016

Kepada 
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Tuan,

Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Fasa 1 Tahun 2016

Perkara di atas dirujuk dari surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pel.Pk (HEM) 5128/5/7 Jld.4 bertarikh 2 Ogos 2016 yang diterima pada 5 Ogos 2016 adalah berkaitan. 

Sukacita dimaklumkan bahawa semua sekolah perlu menghantar pelaporan bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan capaian berkenaan:-

Alamat URL LPBK : 
http://goo.gl/forms/K9XiaDA2yjGyjJVT2

Bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sila hantar laporan LPBK berkenaan ke alamat email  Jurulatih Utama (JU) LPBK Daerah Perak Tengah, En. Nurul Fazzuan fazzwone@yahoo.com

Bagi Guru Bimbingan Lantikan Sekolah sila hantar laporan LBPK berkenaan ke alamat email Jurulatih Utama (JU) LPBK Daerah Perak Tengah En. Faizon Lubis kaunselingbota@gmail.com sebelum atau pada 12 Ogos 2016. 

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan pihak tuan.

Sekian.

Hamshah b Noraini
Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 

Program # Kami Juara SPM Sekolah-sekolah G16 Tahun 2016




  • Program # Kami Juara SPM Sekolah G16 Daerah Perak Tengah 2016.
  • Anjuran: PPD Perak Tengah dan Majlis Guru Kaunseling Daerah Perak Tengah 
  • Tempat: SMKA Sultan Azlan Shah
  • Sasaran: 113 Calon SPM SMKA Sultan Azlan Shah
  • Objektif: 
  1. Meningkatkan motivasi diri murid menjelang peperiksaan SPM. 
  2. Menguatkan self esteem calon SPM
  • Kaedah: 1 Slot Ceramah Motivasi Diri
  • 13 Latihan Dalam Kumpulan Kecil ( Medium Elas) 
  • Personalia: Guru Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah
  • Perasmian Oleh: Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah
HBN

Selasa, 2 Ogos 2016

KURSUS MANIK KAYU ASAS PERINGKAT 3A (PKK)

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.


Tuan,

KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU ASAS PERINGKAT 3A (PKK) TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa Pusat Latihan Negeri Persekutuan Pengakap Negeri Perak akan mengadakan kursus tersebut pada ketetapan berikut:


Tarikh                  : 12 Ogos 2016 hingga 14 Ogos 2016 ( Jumaat hingga Ahad )
Masa Lapor Diri  : 3.00 petang ( 12 Ogos 2016 )
Tempat                 : Kem Kota Layang- Layang Kiri, Parit.
Yuran Pendaftaran: RM80.00 seorang
Syarat Penyertaan : Telah mengikuti Kursus Pengenalan dan Peringkat 1

Lampiran senarai nama peserta yang layak disertakan.


Mohon tuan memuat turun surat dan senarai nama pada pautan di bawah:


Surat Manik Kayu 3A (PKK) 2016

Lampiran Senarai Nama Peserta yang layak hadir