Rabu, 29 Jun 2016

Mesyuarat Kejohanan Bowling Tenpin MSSM Tahun 2016


Majlis Iftar Ramadhan 1437 Jabatan Pendidikan Perak Dengan Kerjasama YaPEIM 2016


Salam Ramadhan dan Salam Syawal 1437

Salam 24 Ramadhan 1437 H 
Salam Perak Tengah Excellent

Sedar tidak sedar kita telah sampai ke penghujung ramadhan. Semoga tuan-tuan dan puan-puan telah menikmati bulan yang penuh rahmat ini dengan jayanya. Sebelum Ramadhan melabuhkan tirai dan Syawal yang bakal menjelang kami dari Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas kekurangan dan kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang perkhidmatan kami di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah ini. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang luar biasa dari pihak tuan-tuan atas pelaksanaan program anjuran PPD. 

 Salam Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin 
Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan

'Sting Like A Bee'



Isnin, 27 Jun 2016

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK




GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK



Semua Pengetua dan Guru Besar 
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
PELAKSANAAN GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID SEKOLAH YANG MEROKOK DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama-sama ini dilampirkan surat dan garis panduan berkaitan.
Sila 'klik' lampiran di bawah.

Sekian, terima kasih.
Ahmad Daud Bin Hj. Zainuddin,
Penolong PPD PPDa,
PPD Perak Tengah.

Sabtu, 25 Jun 2016

Pentaksiran Skor Ujian Psikometrik Bagi Murid Tingkatan 3

Pengetua,
Sekolah-Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Tuan,

Ingatan Mesra Berkenaan Ujian Psikometrik Tingkatan 3

Merujuk kepada surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/5/6 Jld.3 (17)

Terlebih dahulu saya mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Perak Tengah kerana telah menyempurnakan pelaksanaan ujian psikometrik Tingkatan 1 dengan jayanya.

Maka, dimaklumkan bahawa terdapat  ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan kepada murid tingkatan 3 iaitu:-

1.Inventori Minat Kerjaya (IMK) 180 item 

Selepas daripada mentadbir ujian berkenaan perlu dimasukkan skor ujian tersebut di laman web epkm.moe.gov.my 

Sehubungan dengan itu, mohon kepada pegawai tuan yakni Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tuan untuk mentaksir skor dan memasukkan data ke dalam sistem SePKM

Tarikh akhir isi data berkenaan adalah pada 30 Jun 2016


Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling 
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 

Jumaat, 24 Jun 2016

MAJLIS IFTAR JAMAIE SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2016



MAJLIS IFTAR JAMAIE SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2016

Kepada Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Mohon tuan untuk muat turun surat berkenaan bagi tindakan selanjutnya.:-
1. Surat Majlis Iftar Jamaei 2016
2.Surat Lantikan Urus Setia Majlis Iftar Jamaei 2016

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Khamis, 23 Jun 2016

MAJLIS IFTAR JAMAIE SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2016

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah  Daerah Perak Tengah


Tuan,

MAJLIS IFTAR JAMAIE SERTA PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pen.Pk.(HEM)5128/5/9 Jld.2(81) bertarikh 10 Jun 2016  yang diterima pada 23 Jun 2016 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Iftar Jamaie serta Penyerahan Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim dan Miskin 2016 dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh             : 27 Jun 2016 (Isnin)
Masa               : 4.00 petang hingga 8.00 malam
Tempat           : Masjid Sultan Azlan Shah
                                                 Jalan Musa Mahadi, Ipoh, Perak.
                        Tentatif           : Rujuk Lampiran
                        Pakaian          : Baju Kebangsaan / Baju Melayu
                       
                          TEMPAT DAN MASA BERKUMPUL : 1.45 PETANG
                       
                           LOKASI BERKUMPUL                 ZON TERLIBAT 
                           PPD PERAK TENGAH                    : ZON PARIT DAN ZON BOTA
                        SMK DATO SERI MAHARAJALELA : ZON KG GAJAH DAN ZON SEBERANG PERAK

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga murid berkenaan. Di samping itu, pihak tuan dipohon untuk menguruskan pengangkutan pergi dan balik ke tempat menunggu. Pelajar akan bergerak ke tempat program dengan bas yang disediakan oleh penganjur.
4.         Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711 273 atau En. Razmir bin Ahmad Nordin, Penyelia Hal Ehwal Murid di talian 0195034371
Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan  terima kasih.

Senarai Nama Murid Penerima Sumbangan

Selasa, 21 Jun 2016

KWAPM 2016

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,
SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN KEPADA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) DAN eKASIH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat kementerian pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10JLD17(29) bertarikh 15 JUN 2016.

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun didalam Portal PPD Perak Tengah dan di Bloghemperaktengah .

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 0135072246.


Sekian, terima kasih.

Khamis, 9 Jun 2016

Bahan Maklumat Berkenaan Transformasi PLKN 2.0

Kepada 
Pengetua Sekolah-sekolah Menengah 
Daerah Perak Tengah 

Bahan Maklumat Berkenaan Transformasi PLKN Tahun 2016

Disini disertakan bahan powerpoint untuk makluman dan disampaikan. 

Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan.

Jumaat, 3 Jun 2016

SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS)


SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) AMBILAN JUN 2016 mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016


UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA LAYARI LAMAN SESAWANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA