Selasa, 24 Mei 2016

Program MNoS "Moh Nolong Sekolah" 2016


Program MNoS "Moh Nolong Sekolah" Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2016
Tempat: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar
Tarikh: 28 Mei 2016, Sabtu
Pengisian:

  1. Seminar Komuniti
  2. Slot Hasrat PPD Perak Tengah 
  3. Pelancaran Briged Komuniti 
  4. Flog VLE
  5. Pameran Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Perak Tengah, Sekolah-sekolah terpilih.


Pelancaran Program Mentor Mentee & Homeroom SMASH dan Mesyuarat Pelarasan Program MNoS 2016



Rabu, 18 Mei 2016

PEMBAYARAN BIASISWA BKPU DAN BKP

Pengetua
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak Tengah.

Tuan,
PEMBAYARAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) DAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU DAN BKP Tertanggung 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) . Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi bayaran 6 bulan tahun 2016.
 3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut
3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.

4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian Pen. Pengarah Biasiswa En. Khairil Anwar Bin Yacob ( sektor Pembangunan Kemanusiaan ) pada atau sebelum 30 Mei 2016 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Khairil Anwar bin yacob ( Penolong Pengarah Tajaan Biasiswa JPN) di talian 05-5015143/0124370079.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

BORANG MAKLUM BALAS GURU / KAUNSELOR DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA / PENJAGA KEM PINTAR 2.0

          
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
SK Seri Iskandar, SK Iskandar Perdana, SK Bota Kanan, SK Titi Gantong, SK Dato' Sagor,
SK Seberang Perak, SK Seri Cempaka, SK Changkat Lada 2, SK Iskandar Shah, SK Sungai Galah,
SK Kota Setia, SK Lambor Kanan, SK Parit, SK Tanjong Belanja, SK Selat Pulau, SK Seri Kaya,
dan SK Bota Kiri.


Tuan,

BORANG MAKLUM BALAS GURU / KAUNSELOR DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA / PENJAGA KEM PINTAR 2.0 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016

Dengan  hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa pihak tuan diminta mengisi borang maklum balas berkaitan program Kem Pintar 2.0 yang telah dijalankan pada 9 – 12 Mei 2016 yang lalu. Pihak tuan perlu menghantar semula borang maklum balas tersebut ke PPD Perak Tengah sebelum atau pada 31 Mei 2016 (up: Encik Ahmad Daud B. Hj. Zainuddin), Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah.

3.         Bersama ini disertakan borang maklum balas tersebut untuk tindakan pihak tuan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.  

Unit PPDa PPD Perak Tengah.

Surat Maklum Balas Kem Pintar 2.0

KURSUS PENERANGAN GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID-MURID SEKOLAH YANG MEROKOK KEPADA GURU-GURU KAUNSELOR NEGERI PERAK 2016

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Perak Tengah 
(Seperti di Lampiran)

Tuan,

KURSUS PENERANGAN GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MURID-MURID SEKOLAH YANG MEROKOK KEPADA GURU-GURU KAUNSELOR NEGERI PERAK 2016

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pend.Pk (AM) 4598/7 Jld.8 (42) bertarikh 11 Mei 2016 adalah berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan (seperti di lampiran) telah dipilih mengikuti kursus tersebut seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 25 Mei 2016 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lenggong.
Tempat Berkumpul : PPD Perak Tengah (7.00 pagi)

3. Untuk makluman pihak tuan, segala perbelanjaan makan minum dan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi Encik Ahmad Daud B. Zainuddin, Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah di talian 019-5532290 / 05-3711273

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian, terima kasih.

Unit PPDa PPD Perak Tengah.

Selia Bantu Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling



PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

KUTIPAN DATA PENERIMA PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk kepada surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPMSP.800-4/1/16 (6) bertarikh 9 Mei 2016 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak rujukan J.PEL.PK(HEM)5128/10/17 JLD.5(39) bertarikh 13 Mei 2016.
2.         Sukacita dimaklumkan, selaras dengan perkiraan yang digunakan oleh Kementerian Kewangan, penerima PS1M bagi tahun 2016 adalah semua murid warganegara di sekolah Rendah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) terkini sahaja layak menerima bantuan.
3          Sehubungan dengan itu, tuan dimohon mengemaskini data penerima PS1M mengikut pendapatan isi rumah dibawah Paras Garis Kemiskinan Nasional 2014 (PGK 2014) iaitu pendapatan ibubapa/penjaga sebanyak RM930.00 atau perkapita RM230.00 sebulan bagi tahun semasa.
4.         Tuan dimohon untuk muat turun borang pengesahan Data Penerima RMT serta surat kebenaran PS1M untuk murid –murid yang layak di DI PAUTAN DI BAWAH.
5.         Data penerima  PS1M yang layak mengikut format di lampiran 1 hendaklah di hantar ke Unit Pembanggunan Kemanusiaan (HEM) pada atau sebelum 24 Mei 2016 untuk perhatian En. Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak tengah dalam bentuk hard copy dan emailkan soft copy ke rmtperaktengah@gmail.com.
6.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 0135072246.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri & Syarahan Perpaduan SJK Peringkat Daerah Perak Tengah 2016



Kunjung Bantu Ke Sekolah Rendah Terpilih



Isnin, 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru Tahun 2016

Selamat Hari Guru Kepada Semua Warga Pendidik Di Daerah Perak Tengah 2016

Guru Pembina Negara Bangsa
Semoga Amanah Yang Diberi Ditunaikan Dengan Sehabis Daya 
Tahniah dan Teruskan Menempa Kejayaan Melahirkan Anak Murid Yang Berguna Pada Negara.

Terima Kasih Cikgu!!

Jumaat, 13 Mei 2016

Majlis Penutupan Pendidikan Pencegahan Dadah SK Dato Sagor

Tahniah diucapkan kepada SK Dato Sagor atas program pendidikan pencegahan dadah yang telah dilaksanakan. #Sayangi Dirimu Dadah Membunuh.

Kunjung Bantu Sekolah-sekolah Berasrama




Alhamdulillah pada minggu ini Unit Pembangunan Kemanusiaan yang diketua oleh En. Ahmad Azuwan Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan bersama-sama En. Razmir, Penyelia Hal Ehwal Murid, En. Hamshah Pen. PPD Bimbingan & Kaunseling, En. Fairus Penyelia Sukan, En Zubir Penyelia Kokurikulum dan En. Samsul Pen. PPD Aset telah menghadirkan diri ke sekolah-sekolah berasrama yang terpilih bagi kunjung bantu. Tahniah kepada sekolah yang melaksanakan pengurusan asrama yang baik. Kepada yang mendapat teguran perlu ada peningkatan dan pengemaskinian.

Rumusan:

  • Pengurusan Diri Murid Asrama Ke Arah Transformasi Asrama
  • Hasrat PPD Perak Tengah dan Motivasi Murid Asrama 
  • Pengurusan Bilik Prep
  • Pengurusan Keceriaan dan Keselamatan Di Asrama 
  • Pengurusan Makanan Di Kantin Asrama
  • Disiplin dan Sahsiah Diri Murid Asrama
  • Keberadaan Warden Di Asrama 
  • Identiti Murid Asrama 
  • Isu-isu di asrama

Disediakan: 
HBN 
Unit Pembangunan Kemanusiaan 

Selasa, 3 Mei 2016

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM  KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016 akan dibuka mulai 2 MEI 2016 hingga 12 Mei 2016

Sila layari laman web http://www.moe.gov.my/ untuk permohonan berkenaan. Terima kasih