Khamis, 28 April 2016

MESYUARAT PENGELOLAAN PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016

Pengetua / Guru Besar,
SMK SULTAN MUHAMMAD
SMK LAYANG-LAYANG KIRI
SMKA SULTAN AZLAN
SMK ISKANDAR SHAH
SMK SERI ISKANDAR
SK BOTA KIRI
SK ISKANDAR PERDANA
SK FELCRA NASARUDDIN
SK SERI ISKANDAR
SK ISKANDAR SHAH
SK TITI GANTONG 
SK BOTA KANAN

Tuan / Puan ,

MESYUARAT  PENGELOLAAN  PERTANDINGAN KARNIVAL BAHASA
SEKOLAH-SEKOLAH  PERINGKAT NEGERI PERAK  TAHUN  2016

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengelolaan Pertandingan Karnival Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

     Tarikh                         :   5 Mei  2016
     Masa                           :   2:30 petang
     Tempat                       :   Bilik Mesyuarat SMK Sultan Azlan Shah Bota

                        Agenda  Mesyuarat
                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SR& SM)
                        3.         Kewangan
                        4.         Hal-Hal Lain
Pengerusi mesyuarat : Tuan Pegawai Pendidikan Daerah

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan agar dapat hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Zahari bin Omar, Penolong PPD Kokurikulum akademik  di talian 012 2689704 atau 05-3711 273. 

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

** Surat telah diletakkan dalam pigeon holes sekolah tuan.

RMT 2016

Kepada,

Penolong kanan HEM / Guru Kanan HEM
SK / SJK© / SJK(T)
SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Tuan,

    Bersama-sama ini disertakan borang Laporan Prestasi Perbelanjaan RMT Sukutahun 2016. DI MOHON UNTUK DIISI DAN HANTAR KE EMAIL rmtperaktengah@gmail.com selewat-lewatnya 6 Mei 2016

Mohon sekolah mengambil tindakan segera atas arahan JPN.

-JPN sudah mula membayar kekurangan RMT kesekolah-sekolah yang
mempunyai kekurangan sebanyak 6 orang ke atas. Sekolah yang mengalami
kekurangan 5 orang ke bawah, sekolah diminta menggunakan lebihan tahun
2015.
- JPN juga sedang meminta sekolah-sekolah yang terlebih bayar RMT 2016
utk memulangkan semula kepada JPN sebelum 29hb. April ini.
- Sekolah yang kekurangan wang setelah lebihan 2015 habis digunakan
,bolehlah memohon kepada JPN.
- JPN mohon maklumat baki RMT yang kosong sedangkan , peruntukan RMT tahun 2015 ada yang tidak digunakan seperti bulan puasa (20 hari) , jerubu (4 hari ) dan pelajar Tahun 1 yg mula
makan pada 1 Feb. Sedangkan peruntukan dibayar mulai Januari (190 hari juga).
- Mohon sekolah  menghantar senarai nama terbaru  RMT 2016 di email rmtperaktengah@gmail.com.

Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN

salam

Tuan / Puan

PK HEM / GK HEM
SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.

DISINI KAMI LAMPIRKAN BUKU KENDIRI KANTIN DAN BORANG AEDES UNTUK TINDAKAN PIHAK TUAN.

TERIMA KASIH.

SILA MUAT TURUN

1. BUKU KENDIRI KANTIN - KENDIRI 1A DAN 2
                                                  - COVER KENDIRI KANTIN
2. BORANG AEDES

Rabu, 27 April 2016

Program Motivasi Pemangkin Kecemerlangan SPM Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah Tahun 2016





Selayang pandang Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi Pemangkin Kecemerlangan SPM Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah Tahun 2016

Tempat: Bilik Seminar, Kolej Komuniti Pasir Salak 
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Perasmian oleh: En. Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi PPT  Timbalan PPD Perak Tengah
Personalia: Paksu Zaid (GC Bimbingan dan Kaunseling Merangkap Konsultan Rebung Motivation Resources)
En. Zahemi Hj Azul Islami  Pegawai MARA Daerah Perak Tengah 
En. Ahmad Azuwan b Hj Ismail, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah 
Jemputan bersama: Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak, Pn Salmah bt Ijam
Sasaran: 64 orang calon SPM Berpotensi Cemerlang
Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama MARA Perak Tengah

Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Selasa, 26 April 2016

Pemantauan Amalan Guru Penyayang dan Budaya 3S Di Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 2016

Pemantauan AGP dan Budaya 3S di SK Seri Kaya
Kredit En. Hamshah b Noraini 
Pemantauan Amalan Guru Penyayang dan Budaya 3 S Di SK Bakong 
Kredit En. Ahmad Daud



Tahniah kepada pentadbir dan guru-guru sekolah berkenaan atas pelaksanaan amalan guru penyayang dan budaya 3S. Semoga terus maju!!


Jumaat, 22 April 2016

Ujian Psikometrik Tingkatan 1 Tahun 2016


Pengetua,
Sekolah-Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Ingatan Mesra Berkenaan Ujian Psikometrik Tingkatan 1

Merujuk kepada surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/5/6 Jld.3 (17)

Dimaklumkan bahawa terdapat 2 ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan kepada murid tingkatan 1 iaitu:-

1.Inventori Minat Kerjaya (IMK) 180 item 
2. Inventori Tret Personaliti (ITP) 150 item

Selepas daripada mentadbir ujian berkenaan perlu dimasukkan skor ujian tersebut di laman web epkm.moe.gov.my 

Sehubungan dengan itu, mohon kepada pegawai tuan yakni Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tuan untuk melaksanakan ujian ini.

Tarikh akhir isi data berkenaan adalah pada 31 Mei 2016
Harap maklum.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling 
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 

Taklimat Daripada Yayasan Basmi Kemiskinan Kepada 15 buah Sekolah Rendah Terpilih Di Daerah Perak Tengah Tahun 2016

Taklimat Daripada Yayasan Basmi Kemiskinan Kepada 15 buah sekolah rendah terpilih di daerah perak tengah tahun 2016
Tarikh: 20 April 2016
Tempat Al Biruni PPD Perak Tengah 

Selasa, 19 April 2016

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI TAHUN 2016

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI TAHUN 2016


SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI TAHUN 2016 akan dibuka mulai 14 April 2016 hingga 27 Mei 2016 

KLIK UNTUK SEMAKAN

SEMAKAN TAWARAN CALON JAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017

SEMAKAN TAWARAN CALON JAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Calon Jaya Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 14 April 2016Sila layari www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut 

Pesta Pantun Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2016


Program Intervensi Kehadiran & Amalan Terbaik Hal Ehwal Murid Daerah Perak Tengah 2016



Isnin, 18 April 2016

Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah



Tarikh Pelaksanaan: 15 dan 16 April 2016
Tempat: PULARES, Batu Gajah
Sasaran: 80 orang murid PRS Bongsu Sekolah Menengah 
Perasmi: En. Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi 
               (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah)
Personalia: Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Perak Tengah 
Impak Program: Semua PRS Muda yang ditauliahkan menjadi role model kepada murid-murid di sekolah. 
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain

Taklimat Penghakiman Pesta Pantun Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2016


Selasa, 12 April 2016

PERTANDINGAN KOKURIKULUM AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2016

PERTANDINGAN KOKURIKULUM  AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA
SEKOLAH  RENDAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kokurikulum Akademik  Karnival Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Daerah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh                         :   16 April 2016 (sabtu)
                        Masa                           :   8.00 pagi
                        Tempat                       :   SK Seri Iskandar, Seri Iskandar
                       
3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           

4.         Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Murid yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, En. Zahari bin Omar di talian 012-2689704 atau Puan Azlaila bt Zamzuri (019-6781495) PT Sokongan Bahasa Melayu (SR) dan Pn.Nazrima bt Mohd Nazir (019-2341117) PT Sokongan Bahasa Inggeris (SR) sedia membantu.

Muat Turun Surat

BENGKEL T.O.T ELAS (PENDEKATAN ’GAMIFICATION’) GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah


BENGKEL T.O.T ELAS (PENDEKATAN ’GAMIFICATION’) GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya  merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Perak Tengah akan menganjurkan Bengkel T.O.T ELAS (Pendekatan Gamification) Guru-Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah Tahun 2016. Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

            Tarikh                        : 12 April 2016 (Selasa)
            Tempat                      : 1. Bilik Gerakan SMK Sultan Muzafar Shah 1
: 2. Dewan SMK Sultan Muzafar Shah 1
            Masa                          : 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang
            Penceramah            : Cikgu Jinggo
  Pengasas Modul Effective Learning Activities (ELAS)

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi kebenaran kepada SEPERTI LAMPIRAN di sekolah tuan hadir ke bengkel  tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi Encik Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 0193468209 atau 05-3711 273.

Surat T.O.T

Jumaat, 8 April 2016

Karnival IPT Daerah Perak Tengah Tahun 2016

Karnival IPT Daerah Perak Tengah Tahun 2016
Tarikh: 31 Mac 2016, Khamis
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Perak Tengah
Personalia: Lebih 23 IPT yang hadir untuk promosi IPT

Kursus Kepimpinan PRS Bongsu Daerah Perak Tengah 2016



Khamis, 7 April 2016

KEHADIRAN

Tuan Puan




PK dan GK HEM
Sekolah - sekolah Daerah Perak Tengah


Disini dilampirkan maklumat peratusan kehadiran MAC  2016 YANG DIGUNAPAKAI OLEH JPN YANG DIAMBIL DARI DASHBOARD KPM untuk makluman tuan.Mohon semak dan kemaskini segera.

 sebarang pertayaan sila hubungi En. Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak Tengah di talian :- 013-5072246.

kehadiran MAC 2016

Rabu, 6 April 2016

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Semakan Panggilan UKCG

Semakan calon berjaya Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi calon-calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dibuat pada 05 April 2016 jam 12:00 tengahari  hingga14 April 2016.

Harap Maklum.