Khamis, 28 Januari 2016

PERLAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA 2016



PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH - SEKOLAH,
DAERAH PERAK TENGAH.




Tuan,


SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA BAGI TAHUN 2016


bersama-sama ini, disertakan garis panduan bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid. sila muat turun dibawah.


SURAT SIARAN GARIS PANDUAN









Selasa, 19 Januari 2016

Cetakan Buku Laporan Kendiri Kantin 2016


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Untuk makluman, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah masih belum menerima bekalan Buku Laporan Kendiri Kantin kegunaan 2016.Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan soft copy Buku Laporan Kendiri Kantin bagi kegunaan 2016.

3.    Tindakan pihak sekolah:

       a.  Muat turun bahan

       b.  Cetak dan dibukukan bagi bulan Januari dan Februari 2016 seperti berikut :

       Cover Kendiri Kantin  - 1 Helai, Kendiri 1A -25 helai                                                                       Kendiri 2 -   3 helai (warna :Putih, Merah Jambu dan kuning

4.     Kerjasama pihak tuan dipohon agar dapat menghantar laporan Kendiri 2 (Merah Jambu dan Kuning) ke Pusat Kesihatan Daerah dan satu salinan berwarna kuning ke PPD Perak Tengah pada atau sebelum 5 haribulan bulan berikutnya.Makluman pihak tuan didahului ribuan terima kasih.Segala pertanyaan sila hubungi En Razmir bin Ahmad Nordin, Penyelia HEM PPDPerak Tengah di talian 0135072246.

Sekian.


Lampiran Fail


            1)  cover kendiri kantin                2)   kendiri 1A dan 2
             

DATA KEHADIRAN JANUARI



Tuan Puan




PK dan GK HEM
Sekolah - sekolah Daerah Perak Tengah


Disini dilampirkan maklumat peratusan kehadiran bermula pada 04.01.2016 sehingga 19.01.2016 untuk makluman tuan. mohon kemaskini maklumat kehadiran yang tidak tepat di dalam aplikasi APDM. mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

sebarang pertayaan sila hubungi En. Razmir bin Ahmad Nordin Penyelia HEM PPD Perak Tengah di talian :- 013-5072246.


Terima Kasih


Data Kehadiran Daerah Perak Tengah Untuk Bulan Januari 

Selasa, 12 Januari 2016


Guru Besar,
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak Tengah.
 
Tuan,
PERLAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPMSP-800-4/1/15(  ) bertarikh 31 Disember 2015 adalah berkaitan.
2.      Bersama – sama ini disertakan surat berkenaan yang jelas menyatakan maksudnya untuk tindakan tuan.
3.      Sukacita diingatkan, Murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan    ( Tahun 2 – Tahun 6 ) hendaklah bermula pada 1 Februari 2016, mengikut Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) tahun 2014. Pihak tuan juga diminta menghantar senarai bilangan penerima ( Cicir ) mengikut format borang yang digunakan sekarang ke unit Pembangunan kemanusiaan PPD Perak Tengah  untuk perhatian Penyelia HEM Daerah sebelum 20 Januari 2016.
4.      Maklumat yang lengkap perlu dihantar :
  1. Emelkan ke rmtperaktengah@gmail.com sebelum 20 Januari 2016
     
     
     
    5.      Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Razmir Bin Ahmad Nordin di talian 013-5072246.
    Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
    Sekian,

Isnin, 11 Januari 2016

Tuan puan,


Pengetua Dan Guru Besar
Sekolah - sekolah,
Daerah Perak Tengah.


SEMAKAN MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN 2016


Mohon sekolah menyemak senarai pengusaha kantin sekolah 2016. Muat turun pautan dibawah. Sila hubungi Penyelia HEM jika ada pembetulan dengan kadar yang segera.


Terima Kasih.


Senarai nama Pengusaha Kantin sekolah