Isnin, 8 Ogos 2016

SPKS 2016


PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016


Pengarah Kolej Vokasional/Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(up: PK HEM/GK HEM)
Tuan
PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH(SPKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016 adalah berkaitan untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawanghttps://spks.moe.gov.my/ untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak 2 kali dalam setahun:-
      i)    Fasa 1 : bermula 1 April 2016 hingga 30 April 2016
     ii)    Fasa 2:  bermula  1 Ogos 2016 hingga 31 Ogos 2016

3.   Bersama-sama ini disertakan  surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPMSP.600-14/1/59(74) bertarikh 23 Mac 2016.

Sekian, terima kasih


Tiada ulasan: