Jumaat, 12 Ogos 2016

KANTIN

Kepada,
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH MULAI 1 DISEMBER 2016 HINGGA 30 NOVEMBER 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sekolah – sekolah yang perjanjian kantinnya tamat pada tahun 2016 perlu melaksanakan Buka Sebut Harga bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimanapun jika tedapat permohonan daripada pengusaha kantin untuk melanjutkan tempoh setahun lagi (2+1), maka Jawatankuasa Pemilih perlu bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan sekolah tuan yang akan melaksanakan sebut harga kantin perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan (rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2011)  

4.     Tuan boleh memuat turun panduan serta borang yang berkaitan di bawah untuk perhatian dan tindakan tuan

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.



sila muatturun disini

Tiada ulasan: