Isnin, 23 November 2015

DATA KEHADIRAN OKT DAN NOV

TUAN PUAN
PENGETUA / GURU BESAR
SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.


SEMAKAN DATA KEHADIRAN OKTOBER DAN NOVEMBER 2015


Mohon tuan puan semak peratusan data kehadiran bulan Oktober dan November 2015 yang diambil dari Dashboard Kementerian. data tersebut akan diambil untuk kehadiran tahunan sebelum 25 Nov 2015.


DATA OKTOBER
DATA NOVEMBER

Isnin, 16 November 2015

KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI BENCANA

Tuan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah - sekolah Daerah Perak Tengah


TUAN'


KESIAP SIAGAAN MENGHADAPI BENCANA


Di sini kami lampirkan borang maklumat murid dan maklumat guru dan staf untuk disi oleh pihak tuan jika menghadapi bencana. borang perlu diisi dalam format exel. sila kembalikan ke email hemperaktengah@gmail.com menggunakan tajuk bencana. Borang maklumat ini akan memudahkan perjalanan maklumat dan pemberian bantuan. terima kasih




BORANG MAKLUMAT MURID
BORANG MAKLUMAT GURU DAN STAF

Isnin, 2 November 2015


Kepada,

 
Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,

 
PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) DATA SEDIA ADA (DSA) BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

 

Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.

 
2.       Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk sesi persekolahan Tahun 2016

 
3.       Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan mengemaskini data permohonan KWAPM dengan mengedarkan borang permohonan berdasarkan maklumat APDM. Data tersebut akan dijana ke aplikasi Pangkalan bantuan (APB). Borang boleh di muat turun di bawah. 

4.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Razmir Bin Ahmad Nordin di talian 013-5072246

 
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.




BORANG INDIVIDU KWAMP

Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

 

Tuan,


BILANGAN PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2016

 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 
2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah penerima RMT bagi Daerah Perak Tengah Tahun 2016.

 
3.         Bersama ini dilampirkan borang yang perlu diambil tindakan oleh pihak tuan.

Bagi murid Tahun 1 boleh dibuat anggaran penerima RMT.

 
4.         Maklumat yang lengkap perlu dihantar :

  1. Emelkan ke rmtperaktengah@gmail.com sebelum 20 November 2015
  2. Cetakan kepada Penyelia HEM sebelum 20 November 2015

 5.         Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Razmir Bin Ahmad Nordin di talian 013-5072246. Data yang dihantar mestilah dalam bentuk microsoft Excel.

 
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
Sekian,


muat turun : BORANG DATA RMT