Jumaat, 9 Oktober 2015

KARNIVAL PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH


Pengetua dan  Guru Besar,

Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah



Tuan / Puan,


SENARAI PENCALONAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH KALI KE 10 TAHUN 2015


Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2.       Dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kali ke-10 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut

                   Tarikh                :           31 Oktober 2015 (Sabtu)

                        Masa              :           8.00 mlm. hingga 11.00 mlm.

                        Tempat          :           Bilik Ballroom, d’Mall Seri Iskandar

3.       Sehubungan itu mohon kerjasama tuan/puan agar dapat melengkapkan senarai pencalonan anugerah yang ingin disertai oleh pihak sekolah tuan/puan.Bersama-sama ini disertakan borang senarai pencalonan anugerah dan hendaklah dikembalikan ke Unit Kokurikulum pada atau sebelum 16 Oktober 2015. Borang pencalonan boleh di faks ke nombor 05-3711272 untuk perhatian Penyelia Kokurikulum.

4.       Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, Encik Ahmad Zubir bin Mat Johor di talian 019-2219880 sedia membantu.

Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. 
 

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN BORANG

 
AHMAD ZAKUAN BIN HJ. MOHD RAZI
Penolong PPD Hal Ehwal Murid,
b.p. Pegawai Pendidikan Daerah,
Daerah Perak Tengah.

Isnin, 5 Oktober 2015

KEPADA,




PENGETUA / GURU BESAR


SEKOLAH - SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH.




Tuan,


DATA KEHADIRAN MURID


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


2.        Isu kehadiran murid menjadi fokus utama. sehubungan dengan itu, keputusan mesyuarat dialog prestasi negeri yang dihadiri oleh semua Ketua Sektor dan PPD telah bersetuju bahawa semua data kehadiran akan diambil dari Dashboard KPM sahaja.
3.         Tiada lagi kutipan data kehadiran bulanan dari sekolah dan PPD. JPN akan mengambil data kehadiran sekolah terus dari dashboard KPM. oleh yang demikian data kehadiran dalam Aplikasi APDM  mestilah lengkap di isi oleh pembantu Tadbir tepat dan lengkap setiap hari.
4.         disini dilampirkan data bulan SEPTEMBER untuk tindakan Tuan Puan.


DATA BULAN SEPTEMBER





Jumaat, 2 Oktober 2015

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN MELALUI APDM


Kepada

 

Semua Guru besar/PK HEM/GK HEM/Guru Kelas Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Daerah Perak Tengah

 

PERMOHONAN/PENGEMASKINIAN/PENGESAHAN PERMOHONAN TINGKATAN SATU KE SEKOLAH KAWALAN NEGERI 2016

 

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah (Guru Besar / PK HEM/GK HEM / Guru Kelas Tahun 6) boleh mengakses permohonan Tingkatan Satu ke Sekolah Kawalan Negeri di dalam APDM melalui log in masing-masing.

 

Tindakan Guru Kelas:

 

  1. Membuat permohonan untuk murid yang tiada permohonan daripada ibu     bapa/penjaga. 
  2. Mengemaskini bahagian kokurikulum dan akademik untuk semua permohonan yang telah dibuat sama ada oleh  ibu bapa/penjaga atau guru kelas sendiri.
  3. Memaklumkan kepada Guru Besar supaya membuat pengesahan permohonan yang telah dikemaskini.

Tindakan Penolong Kanan HEM:

  1. Memantau Guru Kelas supaya membuat permohonan dan pengemaskinian kokurikulum dan akademik.
  2. Memastikan semua permohonan telah disahkan oleh Guru Besar.
  3. Mengesahkan permohonan sekiranya Guru Besar tiada.



Tindakan Guru Besar:



  1. Memastikan semua permohonan telah dikemaskini oleh Guru Kelas.
  2. Mengesahkan permohonan murid.


Pihak sekolah diharapkan agar dapat membuat semua tindakan di atas mulai 1 Oktober hingga 18 Oktober 2015. Ketidakakuran akan diberikan surat tunjuk sebab oleh PPD.


Sebarang pertanyaan atau masalah , sila hubungi Puan Maslina binti Mohamed Khalib, Penyelia Pengurusan Murid, Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak di talian 05-501 5114 atau hubungi En. Ayub Zamri Bin Halimi, Pen. PPD Menengah (Pengurusan Murid), PPD Perak Tengah ditalian 012-5423667

 

Bersama-sama ini disertakan Manual Pengguna untuk rujukan pihak sekolah.


 

Sekian, terima kasih.

 


Ayub Zamri Bin Halimi

Penolong PPD Menengah(Murid)

PPD Perak Tengah.