Jumaat, 31 Julai 2015

Taklimat Pengurusan PK/GK HEM dan Kokurikulum dalam Program DTP

Pada 29/7/2015 bertempat di Dewan Serbaguna MDPT Seri Iskandar, satu taklimat telah diadakan kepada semua PK/GK HEM dan Kokurikulum sekolah-sekolah daerah Perak Tengah. Taklimat telah disampaikan oleh En Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi, Pen PPD HEM PPD Perak Tengah. Selain daripada maklumat dan nilai Integriti, program ini juga dirangka untuk merai dan menyatakan penghargaan PPD Perak Tengah kepada semua PK/GK HEM dan Kokurikulum yang membantu dan memberikan komitmen yang tinggi dalam tugasan yang perlu dilaksanakan.



Selasa, 14 Julai 2015



Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF, ZAHIR DAN BATIN. 
Bersama kita melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
"Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan"

Sabtu, 11 Julai 2015

IFTAR RAMADHAN PPD PERAK TENGAH

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua.....
Pada 10/7/2015(Jumaat) Unit PM PPD Perak Tengah dibawah kepimpinan En Ahmad Zakuan telah menganjurkan iftar ramadhan bersama kepimpinan Yang Berhormat, pegawai2 PPD Perak Tengah dan pentadbir-pentadbir sekolah daerah Perak Tengah. Majlis dimulakan dengan program khatam Al Quran yg diketuai oleh unit Pendidikan Islam PPD Perak Tengah. Seterusnya ucapan dimulakan oleh Timb PPD Perak Tengah, seterusnya ucapan YB Drs Mohd Nizar b Zakaria, penyampaian bantuan dan doa selamat. Solat maghrib telah diadakan di surau SK Seri Iskandar. Pihak PPD Perak Tengah berasa amat gembira dengan komitmen yang diberikan oleh YB Drs Mohd Nizar dan pengetua, guru besar dan semua yang terlibat pada majlis tersebut
. Terima kasih juga kepada YB Drs Mohd Nizar b Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Perak yang telah sudi menaja majlis berbuka ini.






Rabu, 1 Julai 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Parlimen Parit.

Hari ini merupakan hari yang bertuah buat 100 orang murid sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Parit kerana menerima bantuan duit raya     dari YB Dato'Hj Mohd Zaim b Hj Abu Hassan dan YB Dato' Drs Mohd Nizar b Hj Zakaria.

Majlis penyerahan bantuan Hari Raya ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Rozi bin Puteh Zahari, Pengarah Pendidikan Negeri Perak dalam satu majlis yang diadakan di kantin SK Seri Iskandar yang turut dihadiri oleh En Azmi b Dahali, Ketua sektor Pengurusan Sekolah, pegawai pegawai dari JPN dan PPD serta Penolong Kanan/Guru Kanan HEM.