Isnin, 29 Jun 2015

BANTU ADIK MUNIRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga pendidikan Perak Tengah.

Baru-baru ini unit Pembangunan Kemanusiaan telah dimaklumkan penderitaan yang dihadapi oleh adik Munirah Syafiqah binti Mohamad Zaki, murid tahun 6
dari SK Bota Kanan yang menghidap kanser tulang tahap 2. Justeru itu satu program telah dibuat pada 24 Jun 2015 melibatkan Yang Berhormat Dato'Hj Mohd Zaim b Hj Abu Hasan, Ahli Parlimen Parit dan PPD Perak Tengah untuk membantu keluarga mangsa. Pihak PPD Perak Tengah amat perihatin atas penderitaan ini dam merayu kepada seluruh warga pendidikan untuk sama-sama membantu keluarga adik Munirah. Bantuan boleh disalurkan melalui akaun:

En Mohd Zaki b Alias (Ayah adik Munirah)
(Bank Simpanan Nasional: 0800541000020019)
No Tel: 017-5172574



Khamis, 18 Jun 2015

UNIT PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
PPD PERAK TENGAH 
mengucapkan
MARHABAN YA RAMADHAN
Selamat menyambut bulan penuh barokah dan maghfirah.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa  kepada semua warga pendidikan 
daerah Perak Tengah yang beragama Islam.
Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi persaudaraan sesama kita.