Isnin, 25 Mei 2015

DATA RMT DAERAH PERAK TENGAH



Guru Besar,
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak tengah




Tuan / Puan


DATA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) TAHUN 2015


Mohon sekolah menghantar maklumat murid yang menerima RMT data yang terbaru ke PPD Perak Tengah untuk perhatian Unit HEM sebelum 28 Mei 2015. maklumat hendaklah dihantar dalam bentuk Hardcopy dan softcopy. contoh borang boleh dimuat turun di sini :- borang maklumat RMT

Selasa, 12 Mei 2015

SENARAI SEKOLAH BAGI PROGRAM PELANCARAN 3K & TERIMA KASIH CIKGU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015.

TARIKH                   : 17 MEI 2015 (AHAD)
MASA                      : 8.00 PAGI
TEMPAT                 : KEM KOTA, LAYANG-LAYANG KIRI

1.        SMK ISKANDAR SHAH
2.        SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH
3.        SABK MAAHAD AL-AZIZ
4.        SMK LAYANG-LAYANG KIRI
5.        SMK SERI LONDANG
6.        SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB
7.        SMKA SULTAN AZLAN SHAH
8.        SMK SERI ISKANDAR
9.        SMK LAMBOR KIRI  
10.   SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1
11.     KOLEJ VOKASIONAL SERI ISKANDAR
12.     SK TEPUS
13.     SK TANJUNG BELANJA
14.     SK SIMPANG TIGA
15.     SK BELANJA
16.     SK PASIR GAJAH
17.     SK LAYANG-LAYANG KIRI
18.     SK PULAU PADANG
19.     SK BOTA KIRI
20.     SK SERI KAYA
21.     SK BAKONG
22.     SK LAMBOR KIRI
23.     SK CHANGKAT BANJAR
24.     SK TELOK KEPAYANG
25.     SK PARIT
26.     SK LENGKUAS
27.     SK TELOK PERANG
28.     SK CHOPIN
29.     SK BUKIT CHUPAK
30.     SK LAYANG-LAYANG KANAN
31.     SK CIKGU MIOR SHAHRUDDIN
32.     SK BOTA KANAN
33.     SK PADANG CHANGKAT
34.     SK LAMBOR KANAN
35.     SK TELOK BAKONG
36.     SK SUAK PADI
37.     SK SUNGAI PERAH
38.     SK TITI GANTONG
39.     SK SERI ISKANDAR
40.     SK FELCRA NASARUDDIN
41.     SK ISKANDAR PERDANA
42.     SK ISKANDAR SHAH
43.     SJK (C) CHUNG HWA
44.     SJK (T) LADANG GLENEALY
45.     SJK (T) LADANG SERAPOH

46.     SJK (T) LADANG BULUH AKAR
JEMPUTAN PELANCARAN PROGRAM 3K DAN TERIMA KASIH CIKGU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah seperti lampiran

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sehubungan  dengan itu adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Pembangunan Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan program seperti perkara di atas pada ketetapan seperti berikut:

                    Tarikh                                       : 17 Mei 2015 (Ahad)
           Tempat                                       : Kem Kota, Layang-Layang Kiri
           Masa                                          : 8.00 pagi – 2.00 petang
           Perasmian Pelancaran 3K             : YB Dato’ Hj. Mohd Zaim Bin Abu Hassan
                                                            Ahli Parlimen Parit
           Perasmian Penutupan                : YB Dato’ Drs Mohd Nizar Bin Hj. Zakaria
        Terima Kasih Cikgu                         Exco Kerajaan Negeri Perak

3.             Sehubungan itu pihak tuan dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran program berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi  Encik Zahari Bin Omar,  Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 012-2689 704 / 05-3711 273.

Kerjasama dan sokongan tuan amat kami hargai dan di sanjung tinggi.


Sekian, terima kasih.
PELANCARAN PROGRAM 3K DAN TERIMA KASIH CIKGU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah seperti lampiran

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sehubungan  dengan itu adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Pembangunan Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan program seperti perkara di atas pada ketetapan seperti berikut:

                                    Tarikh            : 17 Mei 2015 (Ahad)
                Tempat           : Kem Kota, Layang-Layang Kiri
                Masa          : 8.00 pagi
                Peserta          : SM ( 8 Guru & 8 Murid)
                                          SR Gred A ( 8 Guru & 8 Murid)
                                          SR Gred B ( 4 Guru & 4 Murid)
                                          SR SKM ( 3 Guru & 3 Murid)

3.             Sehubungan itu pihak tuan diminta untuk menghantar bilangan guru dan murid sebagaimana yang ditetapkan. Pakaian semasa program ialah seluar track berwarna hitam / biru tua dan t.shirt rasmi sekolah.

4.             Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi  Encik Zahari Bin Omar,  Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 012-2689 704 / 05-3711 273.

Kerjasama dan sokongan tuan amat kami hargai dan di sanjung tinggi.


Sekian, terima kasih.

Selasa, 5 Mei 2015

PERTANDINGAN-PERTANDINGAN KOAKADEMIK PERINGKAT NEGERI

MAKLUMAN

Pengetua/Guru Besar
sekolah-sekolah daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK PERINGKAT NEGERI PERAK

Berikut adalah pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan sepanjang bulan Mei 2015.

1.     Karnival Bahasa Inggeris Siri 1 di SMK Syeikh Abdul Ghani dan SJKC Choong Hua 2, Bidor
        (9 Mei 2015)
2.     Bahas Bahasa Inggeris di SMK Gerik, Gerik
        (8 dan 9 Mei 2015)
3.     Karnival Bahasa Inggeris Siri 2 di SMK Methodist ACS dan SK Methodist ACS, Sitiawan
        (23 Mei 2015)
4.     Pertandingan Sahibba Sek Men dan sek Ren serta Deklamasi Puisi (Sajak dan syair) di SMKA Sultan
        Azlan Shah (23 Mei 2015)
5.     Karnival Bahasa Melayu Siri 1 Sekolah Rendah di SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan
        (30 Mei 2015)
6.     Pertandingan Pesta Pantun peringkat Kebangsaan di UPSI, Tg Malim (8-11 Mei 2015)

Tuan/puan dan seluruh warga pendidikan daerah Perak Tengah dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian, terima kasih

PEMANTAUAN KENDIRI PENGGUNAAN MODUL DAN BBM KECEKAPAN TENAGA

Makluman

PEMANTAUAN KENDIRI PENGGUNAAN MODUL-MODUL DAN BAHAN BANTU MENGAJAR(BBM) KECEKAPAN TENAGA(KT) & TENAGA BOLEH BAHARU(TBB) SEKOLAH RENDAH MENERUSI KAJIAN KEBERKESANAN

Sukacita merujuk kepada surat dari Bahagian kokurikulum dan Kesenian, KPM.BKK(KOKU)100-16/12/02Jld.5(54) bertarikh 4 Mac 2015 dan J.Pel.PK(KOKU)4531/5Jld.149(7) bertarikh 27 April 2015.

2.     Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa terdapat ralat di alamat pautan pada surat daripada Bahagaian Kokurikulm dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut.

3.     Sehubungan dengan itu, pautan sebenat adalah seperti berikut https://cetree.typeform.com/to.PLFVec

4.     Jika ada sebarang pertanyaan, sudi sekiranya pihak tuan/puan berhubung dengan pegawai Pusat pendidikan, latihan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga, Universiti Sains Malaysia, Cik Nursyamsinas Azrina BadrulHisham di talian 04-6533888/email; syamsinas02@gmail.com/ nurinas1023@yahoo.com atau pegawai di JPN perak, Puan Nur'ainsham binti Abu Bakar ditalian 05-5015246/013-5188300/No Fax 05-5260637.

Sekian, Terima Kasih.