Rabu, 29 April 2015

Senarai Nama Pelajar Tahun 4


Kepada Semua Guru Besar Sekolah Berkenaan;

1.   SK Belanja

2.   SK Pasir Gajah

3.   SK Pulau Padang

4.   SK Teluk Perang

5.   SK Tanjung Bidara

6.   SK Bandar

7.   SK Kota Setia

8.   SK Seri Changkat

9.   SK Sungai Perah

10. SJK(C) Chung Hwa

11. SJK(T) Ladang Buluh Akar  

 

Penghantaran Senarai Nama Pelajar Tahun 4 Secara Softcopy dan Hardcopy

 

Mohon kerjasama pihak sekolah yang tersenarai di atas dapat menghantar secepat mungkin senarai nama pelajar Tahun 4 2015 untuk dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Perak. Bagi softcopy, pihak tuan boleh emailkan ke email ctahmadaud6970@yahoo.com. Manakala hardcopy pihak tuan perlu menghantar ke PPD Perak Tengah sebelum 5 Mei 2015(u.p En. Ahmad Daud Bin Zainuddin, Pen. PPD PPDa).

 

Kerjasama pihak tuan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

 

Ahmad Daud Bin Zainuddin,

Pen. PPD PPDa

Pejabat Pendidikan Daerah.

 

Khamis, 16 April 2015

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan/ Puan ,

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH  RENDAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2015

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa pertandingan ko akademik iaitu Karnival Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Daerah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

                   Tarikh                        :  18 April 2015(Sabtu)
                        Masa                          :  8.00 pagi
                        Tempat                      :  SK Dato’Sagor, Kg Gajah
                        Perasmian                :  Dr Faizal b Dato' Seri Tajuddin
                        Penutupan                   Pegawai Khas Menteri
                                                               Kementerian Pendidikan Malaysia.
                       
3.       Sehubungan dengan itu pihak tuan/puan dijemput menghadiri dan menyaksikan karnival tersebut. Pihak tuan juga diminta menghebahkan karnival tersebut kepada seluruh warga pendidikan di sekolah tuan/puan.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 Sekian, terima kasih.

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan/ Puan ,

PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH  RENDAH
PERINGKAT DAERAH TAHUN 2015

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa pertandingan ko akademik iaitu Karnival Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Daerah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

                   Tarikh                        :   18 April 2015(Sabtu)
                        Masa                          :   8.00 pagi
                        Tempat                      :   SK Dato’Sagor, Kg Gajah
                       
3.       Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
         
4.       Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, Encik Ahmad Azuwan bin Ismail di talian 013-4365511 atau Puan Azlaila bt Zamzuri (019-6781495) PT Sokongan Bahasa Melayu (SR) dan Pn.Nazrima bt Mohd Nazir (019-2341117) PT Sokongan Bahasa Inggeris (SR) sedia membantu.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 


Sekian, terima kasih.

Selasa, 14 April 2015

Ko-Akademik Bahasa


Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN CORAL SPEAKING SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:
          
          Tarikh          : 23 April 2015

          Masa           : 8.30 pagi
          Tempat        : SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan

3. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan untuk memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada guru dan murid yang berkenaan untuk hadir ke tempat pertandingan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.Sebarang pertanyaan hubungi pegawai kami, En Ahmad Azuwan bin Ismail ditalian 013-4365511 sedia membantu.

4. Pihak kami berbesar hati menjemput semua pengetua/gurubesar untuk hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

Terima kasih