Rabu, 18 Februari 2015

KWAPM

Kepada,

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah daerah perak tengah.

Tuan ,

 

TAKLIMAT PENGENDALIAN APLIKASI PENGURUSAN KWAPM BAGI GURU  SEKOLAH – SEKOLAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.       Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat pengendalian aplikasi bantuan (APB) KWAPM bagi guru / penyelaras KWAPM sekolah daerah Perak Tengah pada ketetapan berikut :
                   Tarikh               :  24 Februari 2015 ( SELASA )
                   Masa                :  2.30 ptg – 5.00 petang
                   Tempat             :  Bilik Tutorial, SK Seri Iskandar
3.       Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran  kepada Guru /penyelaras KWAPM sekolah tuan hadir taklimat tersebut.
4.       Sila bawa bersama komputer riba, penyambung wayar, peranti jalur lebar (broadband, dongle dan zoom,).
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

BUKU TEKS



Kepada,

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan ,
BENGKEL SEMAKAN PENENTUAN KEPERLUAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2016  DAERAH PERAK TENGAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Bengkel akan diadakan seperti di bawah :
             Tarikh        :  25 Februari hingga 27 Februari 2015
             Tempat      :  Bilik Al-Faruqi, PPD Perak Tengah
             Masa         :  2.30 ptg – 5.00 ptg
3.       Sehubungan itu, pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada JU SPBT berkenaan. Rujuk lampiran.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.

Lampiran


Senarai nama jurulatih utama SPBT 2015.

Bil
Nama
sekolah
1.
En. Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar
SK Teluk Bakong
2.
Pn. Hjh. Latifah Bt Mohamad Tahir
SMK Seri Iskandar
3.
Pn. Fuziah Bt Fudzin
SMK Lambor Kiri
4
Pn. Hayati Bt Yunus
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub
5
En. Muhammad Hamidi Efendi B Muhammad Ghazali
SK Layang-Layang Kiri
6
En. Ahmad Nasrun B Muhammad
SK Sri Changkat
7
Pn. Rahayu bt Karim
SMKA Sultan Azlan Shah
8
Cik Siti Fairos bt Ghazali
SK Iskandar Perdana
9
Pn. Siti Nor Azian bt Zamhari
SK Iskandar Shah
10
Pn. Noor Zainah bt Ahmad
SMA Maahad Al Aziz
11
En. Wan Mustafha b Wan Ismail
Sk Sungai Galah
12
Pn. Rozaidah Bt Mohamad Omar
SMK Changkat Lada




Jumaat, 13 Februari 2015

KANTIN



DATA PENGUSAHA KANTIN 2015



Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.



  1. Pihak Jabatan Pendidikan Perak  memerlukan data pengusaha kantin 2015.
  2. Mohon pihak tuan melengkapkan data ini. Data ini amat penting sebagai rujukan dan memudahkan pemantauan bagi petender  kantin di sekolah. Data Pengusaha Kantin yang lengkap bolehlah diemailkan kepada penyelia HEM Perak Tengah pada atau sebelum 24 Februari 2015
           Sila download maklumat berkenaan di :- PPD PT Data Pengusaha kantin
Kerjasama dan perhatian tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian.  


PENYELIA HEM PPD PERAK TENGAH



Rabu, 4 Februari 2015

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

SENARAI SEMAK PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH (PPDa) DAERAH PERAK TENGAH 2015

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dalam usaha untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan penilaian mengenai Pelaksanaan Khidmat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah tahun 2015.

3.   Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan perkara berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
        3.1 Borang Senarai Semak Pengurusan PPDa (PPDa01)
              - untuk dilengkapkan oleh pihak SEKOLAH RENDAH
        3.2 Borang Senarai Semak Pengurusan PPDa (PPDa02)
              - untuk dilengkapkan oleh SEKOLAH MENENGAH
        3.3 Borang Biodata Guru PPDa 2015 (BBG001/15)
        3.4 Borang Jawatankuasa Kerja PPDa 2015 (B JKPPDa SEKOLAH 2015)

Kerjasama danvperhatian tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Daud Bin Zainuddin
Pen. PPD Pendidikan Pencegahan Dadah.

Senarai Semak Sekolah Menengah