Isnin, 20 Oktober 2014

BILANGAN PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

BILANGAN PENERIMA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat berkenaan jumlah penerima RMT bagi Daerah Perak Tengah Tahun 2015.

3.       Maklumat yang lengkap perlu dihantar :
  1. Emelkan ke rmtperaktengah@gmail.com sebelum 10 November 2014
  2. Cetakan kepada Penyelia HEM sebelum 10 November 2014

Klik pautan di bawah untuk muat turun borang :

5.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Daripada :
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM

Khamis, 16 Oktober 2014

PEMBEKALAN BUKU TEKS TERBITAN BAHARU KEGUNAAN TAHUN 2015

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PEMBEKALAN BUKU TEKS TERBITAN BAHARU KEGUNAAN TAHUN 2015

Sukacita saya merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan borang BTBTB460 Buku Teks Terbitan Baharu Kegunaan Tahun 2015 untuk rujukkan tuan.

2. Tarikh akhir pembekalan pada 27 November 2014.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dipohon mengambil langkah berikut :

    3.1 Memastikan bekalan buku teks yang dihantar oleh penerbit dan pembekal mencukupi
          berdasarkan borang BTBTB460

   3.2 Mengeluarkan surat penurunan kuasa penerimaan buku teks kepada guru bertugas atau
         Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks semasa cuti sekolah.

   3.3 Melaporkan dengan segera penerimaan buku teks ke dalam Sistem eMATEKS di laman
        web Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia atau melalui laman URL

                   http://emateks.greensilicon.com
                   (username dan password ialah kod sekolah)

      Tatacara penggunaan eMATEKS di Lampiran 1

     3.4 Melaporkan segera kepada pihak JPN atau PPD sebarang masalah berkaitan
          pembekalan buku teks.

 4.             Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelia HEM (SPBT) daerah atau Cik Ruziah Binti Ab Majid Penyelia SPBT JPN ditalian 05-5015141/017-8842306.

Sekian dimaklumkan terima kasih.

Klik pautan di bawah untuk muat turun senarai buku yang akan sampai ke sekolah :

Kod Sekolah ABA

Kod Sekolah ABB

Kod Sekolah ABC

Kod Sekolah ABD

Kod Sekolah AEA

Kod Sekolah AEE

Kod Sekolah AFT

Kod Sekolah ARA


Klik pautan di bawah untuk muat turun surat dan panduan :

Mohon kerjasama.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

MARKAH PENILAIAN KENDIRI KANTIN SETIAP BULAN BAGI TAHUN 2015

PK/GK HEM,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

MARKAH PENILAIAN KENDIRI KANTIN SETIAP BULAN BAGI TAHUN 2015

Mohon pihak sekolah yang mempunyai kantin sekolah untuk menghantar markah penilaian kendiri kantin.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun data :

Mohon kerjasama.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

PENGISIAN MAKLUMAT KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah


PENGISIAN MAKLUMAT KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

Mohon pihak sekolah yang masih belum mengisi maklumat kehadiran murid pada 15 Oktober 2014 untuk mengisi maklumat tersebut kerana Sistem APDM telah boleh diguna semula mulai 16 Oktober 2014.

Mohon kerjasama.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Jumaat, 3 Oktober 2014

Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN SENI VISUAL"PETRONAS ANNUAL ART COMPETITION2014"
TEMA:"ENERGY-PRESENT & FUTURE" DI GALERI PETRONAS

Sukacita merujuk kepada perkara di atas,surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk.(KOKU)4531/5/Jld.13(15) bertarikh 29 September 2014.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Galeri Petronas, Petroliam Nasional Berhad dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, akan menganjurkan Pertandingan Seni Visual-"Petronas Annual Art Competition 2014" yang bertemakan "Energy-Present & Future" yang berlangsung dari 16 September 2014 hingga 15 Februari 2015 bertempat di Galeri Petronas. Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat muda dari golongan belia berusia 13 tahun hingga 35 tahun disamping membantu memupuk perkembangan seni di Malaysia dengan menyediakan platform untuk warga tempatan dan juga antarabangsa bagi mempamerkan hasil seni mereka.

3.     Sehubungan dengan itu pihak sekolah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Walaubagaimanapun pihak sekolah hendaklah mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkenaan dengan penglibatan murid-murid sekolah dalam program atau anjuran agensi-agensi selain daripada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebarang pertanyaan berkaitan borang dan syarat pertandingan hubungi En Ahmad Azuwan bin Ismail, Pen Ppd Kokurikulum Akademik(Men) di talian 013-4365511 atau urusetia pertandingan Pn.Shuryati Datuk Shuaib di talian 03-23317736/012-22`82076.

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Khamis, 2 Oktober 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

PK HEM/Guru Penyelaras Tahun 6
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MAKLUMAN BERKAITAN PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa  permohonan ke Sekolah Kawalan akan ditutup pada 07 Oktober 2014. Sehubungan dengan itu, mohon PK HEM/Penyelaras Tahun 6 memastikan permohonan murid dalam APDM-Sekolah Kawalan telah diambil tindakan berikut oleh Guru Kelas iaitu menghantar permohonan dengan mengklik butang cetak dan serah permohonan pada paparan Semak Permohonan sebelum atau pada 07 Oktober 2014 (Selasa).
3.         Guru Kelas Tahun 6 akan melengkapkan maklumat akademik untuk permohonan murid beragama Islam ke SMKA/KAA mulai 08 Oktober 2014 sehingga 22 Oktober 2014. Sijil Pendidikan Islam ( Markah Ujian Khas/Ujian Pengesanan Al-Quran dan Tulisan Jawi dan Markah Jawi, Bahasa Arab dan Al-Quran ) adalah wajib diisi ( syarat kemasukan ke SMKA/KAA ). Setelah lengkap sila tandakan √ (maklumat akademik murid sudah lengkap) dan klik butang serah.
4.         Guru Besar/PK HEM boleh membuat pengesahan permohonan Sekolah Kawalan mulai 08 Oktober 2014 sehingga 22 Oktober 2014. Guru Besar/PK HEM perlu menggunakan Id pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan oleh admin sekolah dalam sistem APDM.
5.         Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah  diserahkan kepada Guru Besar dan perlu disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan.
6.         Sebarang pertanyaan berkaitan Sekolah Kawalan, pihak tuan boleh menghubungi En. Ayub Zamri Bin Halimi, Penolong PPD Menengah (Murid) ditalian 012-5423667 atau 05-3711273.


Sekian untuk makluman dan tindakan.