Selasa, 30 September 2014

MAKLUMAT PENTADBIR SEKOLAH BAGI BUKU PENDIDIK BESTARI 2015

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MAKLUMAT PENTADBIR SEKOLAH BAGI BUKU PENDIDIK BESTARI 2015

Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Perak telah diamanahkan untuk menyediakan Buku Pendidik Bestari 2015.

Sehubungan itu, mohon pihak tuan mengemaskini Borang Maklumat Sekolah Tahun 2015.

Borang yang telah siap perlu dihantar :
     I.        Softcopy ke zamzamharun@gmail.com
   II.        Cetakan ke unit sukan PPD Perak Tengah ( u.p : En. Zamzam b Harun )

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun :

Borang Maklumat Sekolah Tahun 2015

Surat Arahan JPN
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRQl8ySFJOV0QtNjA/edit?usp=sharing





Isnin, 29 September 2014

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2014



PENGETUA/GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Tuan/Puan,

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dengan ini dimaklumkan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Perak akan membuat pengumpulan data peruntukkan kewangan kokurikulum sekolah seluruh negeri Perak

3.       Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum PPD Perak Tengah akan membuat pengumpulan data peruntukkan kewangan kokurikulum sekolah menengah dan rendah daerah Perak Tengah.Pihak sekolah dikehendaki menghantar data peruntukkan dalam bentuk ‘softcopy’ ke e-mel

                            kerengge9745@gmail.com 

dan ‘hardcopy’ pada atau sebelum 10 November 2014. Pelaporan hendaklah menggunakan format terbaru (softcopy).

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang data peruntukan kokurikulum :

4.       Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, Encik Mohd Mokhtar Shaari  di talian 019-5595892 sedia membantu.

Rabu, 24 September 2014

TAKLIMAT PENGGUNAAN MENU KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

TAKLIMAT PENGGUNAAN MENU KEHADIRAN MURID DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Taklimat akan diadakan di PKG mulai 1 Oktober 2014. Sila tunggu surat. Guru Data dan Guru ICT perlu hadir.

Penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) telah mula disebar luas bermula tahun lepas. Penggunaan Rekod kehadiran murid akan dimulakan bermula 1 Januari 2015. Sistem akan mula diuji pada 1 Oktober 2014. Sistem boleh diisi melalui sistem laman web atau pun penggunaan telefon pintar melalui SPS Lite. Ia memudahkan guru kelas untuk mengisi kehadiran murid.

Guru hanya perlu membuka pautan SPS dan mengisi kehadiran murid dan hantar. Jika pada ketika itu tiada talian internet ia akan terhenti (tetapi tidak terpadam dan guru tidak perlu menisi semula). Apabila sudah dapat liputan internet ia akan menghantar semula maklumat yang telah dikemaskini tadi. Sama seperti perisian Whatsapp.


Gambar di atas adalah contoh ikon untuk pengisian SPS Lite melalui telefon bimbit.


Cara Mengurus Sistem Oleh Pentadbir SPS

Manual Pengurusan Kehadiran Murid Oleh Pentadbir SPS

Tatacara Mengubah Kedudukan Murid

Manual Pengurusan Kehadiran Murid Oleh Guru Kelas

Manual Pengurusan Kehadiran Murid Oleh Guru Kelas Melalui Telefon Bimbit

Setakat ini semua jenis telefon bimbit boleh muat turun SPS Lite (kegunaan guru kelas) kecuali jenis Samsung


Selamat mencuba.....

Selasa, 23 September 2014

JALINAN KOLABORATIF PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS GELIGA ANTARA KMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA (YPPB)

JALINAN KOLABORATIF PELAKSANAAN PROGRAM TUNAS GELIGA ANTARA KMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA (YPPB)

Dimaklumkan YPPB menawarkan Biasiswa Tunas Geliga kepada murid Bumiputera yang berkelayakan.

Permohonan biasiswa ini terbuka kepada murid Bumiputera Tahun 6. Permohonan dibuat secara atas talian di sesawang http://penerajuedu.com dari 7 September hingga 30 September 2014.

Mohon pihak sekolah membantu murid yang berminat untuk membuat permohonan.

Syarat :
                      i.        Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
                     ii.       Bersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan                                        
    ii     iii.      Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
                    iv.     Aktif dalam kokurikulum
    v     v.        Mempunyai bakat kepimpinan
   v     vi.       Bersedia ditempatkan di sekolah berasrama
                  vii.      Bersedia untuk mengikuti semua aktiviti pembangunan murid sepanjang tempoh penajaan YPPB

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun bahan berkaitan :

Surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Borang Permohonan

Carta Alir

Lampiran 2

Senarai Semak


Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUSU SEDUNIA 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Susu Sedunia 1Malaysia Peringkat Kebangsaan akan dilaksanakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 24 September 2014 ( Rabu)
Masa   : 10.30 pagi
Tempat : Sekolah masing-masing. (Sila pilih sudut yang sesuai untuk diambil gambar murid minum susu dan gambar poster yang telah diedarkan )

Mohon pihak sekolah mengambil tindakan berikut :
  1. Membuat pemeriksaan stok susu setiap hari sebelum berlangsung acara minum susu serentak
  2. Pastikan prosedur minum susu yang betul dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah
  3. Mematuhi SOP menangani sebarang kemungkinan berlaku kes keracunan susu
  4. Memastikan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak terlalu pedas pada masa Sambutan Hari Susu Sedunia

Harap maklum.

Klik pautan dibawah untuk muat turun surat arahan daripada JPN Perak

Selasa, 9 September 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK TAHUN 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN  NEGERI PERAK TAHUN 2015

Mohon pihak sekolah muat turun pada pautan di bawa.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 September 2014.

Sila ambil tindakan sekiranya berkenaan.