Khamis, 31 Julai 2014

PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

DATA PENGURUSAN DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah diminta memantau pelaksanaan aktiviti pengurusan pembangunan disiplin dan keselamatan murid di peringkat sekolah.

3.       Mohon pihak sekolah mengambil tindakan seperti berikut :
  1. Muat turun Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1) dari Portal PPD Perak Tengah atau blog hemperaktengah.blogspot.com
  2. Mengisi maklumat seperti di dalam Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1).
  3. Menghantar Borang Pengurusan Disiplin (BPD 1) dalam bentuk softcopy dan cetakan. Softcopy emelkan ke hemperaktengah@gmail.com pada atau sebelum 12 Ogos 2014.
4.       Pautan untuk muat turun  Borang Pengurusan Disiplin (BPD1)
          a)  Sekolah Rendah

          b)  Sekolah Menengah

5.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Sekian,

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Jumaat, 25 Julai 2014

KEMASUKAN DATA BEKALAN BTBTR460 SPBT..PENTING

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

BORANG BEKALAN BTBTR46O BUKU CETAKAN SEMULA BAGI KEGUNAAN TAHUN 2015 DAN MEMASUKKAN DATA PESANAN DAN PENERIMAAN BUKU TEKS SPBT BAGI BUKU CETAKAN SEMULA (BCS)SERTA LAPORAN BUKU ROSAK DALAM APLIKASI EMATEKS V.2

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi Buku Cetakan Semula (BCS) kegunaan tahun 2015 dijadual bermula pada 3 Julai 2O14 hingga 27 Ogos 2014.Tuan perlu mengambil tindakan berikut :

2.1 Mencetak borang bekalan BTBTR460 kegunaan tahun 20'15 dan Tatacara penggunaan boring BTBTR460 berdasarkan pautan di bawah :

BTBTR460

Sekolah Rendah

ABA BTBTR460

ABB BTBTR460

ABC BTBTR460

ABD BTBTR460


Sekolah Menengah

AEA BTBTR460

AEE BTBTR460

AFT BTBTR460

ARA BTBTR460

2.2 Sekiranya bekalan masih belum diterima seperti di dalam senarai BTBTR460 selepas
tarikh 27 Ogos 2014, tuan dipohon maklumkan segera kepada JPN.

3. Sehubungan dengan itu,tuan diarah memasukkan data penerimaan buku tersebut dengan menggunakan aplikasi Emateks v.2 dan kemasukan data-data tersebut hendaklah berterusan
sehingga pembekalan selesai diterima sepenuhnya.

4. Aplikasi ini adalah bertujuan memastikan pembekalan dan penerimaan buku teks sampai ke
sekolah mengikut jadual dan melaporkan buku rosak.

5.  Sebarang pertanya sila hubungi Penyelia SPBT Jabatan Pendidikan Perak Cik Ruziah binti Ab Majid ditalian 05-5015141.

Klik pautan dibawah untuk muat turun dan panduan pengisian emateks.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH 2014 -2016

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

BUKA SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH BAGI TEMPOH TENDER MULAI 1 DISEMBER 2014 HINGGA 30 NOVEMBER 2016

Merujuk perkara di atas.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bagi sekolah-sekolah yang perjanjian tamat pada tahun 2014 perlu melaksanakan buka sebut harga baru bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimana pun jika terdapat permohonan daripada pengusaha melanjutkan Tempoh setahun lagi (2+1bagi tahun 2015), maka Jawatankuasa perlu bermesyuarat untuk mempertimbangkan permohonan tersebut.

3.         Justeru itu bagi sekolah-sekolah yang akan melaksanakan sebut harga kantin bagi
tempoh 1Disember 2014 hingga 30 November 2016 perlu kantinnya kantin untuk pemilih
mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Pihak sekolah hendaklah mengeluarkan Tawaran bebut Harga dan menyediakan Borang Sebut Harga mengikut prosedur pengurusan Buka Sebut Harga Kantin sekolah. (Rujuk Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2011).

Sila klik pautan di bawah muat turun surat dan panduan dengan jelas:

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 2014

Merujuk perkara di atas.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan, Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan sejak
tahun 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
di samping membantu meningkatkan kecemerlangan minda. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia yang disambut pada 24 September 2014.

3. Sambutan ini bakal melakar sejarah dalam Malaysia Books of Records (MBoR) sebagai
acara minum susu secara serentak di seluruh negara yang akan melibatkan 1.4 juta murid.

4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti berikut;
4.1  Melaksanakan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2014 pada 24 September  2014 (Rabu).
4.2  Semua murid yang layak hendaklah meminum susu serentak pada masa yang ditetapkan.
4.3  Pihak sekolah hendaklah menyediakan Senarai Nama Murid Yang Menerima Program
Susu 1Malaysia (PS1M) dalam bentuk soft copy Ms office Excel fonts 11 Times New Roman dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah ke emel hemperaktengah@gmail.com  pada atau sebelum 13 Ogos 2014. Cetakan yang disahkan oleh Guru Besar juga perlu dihantar ke PPD Perak Tengah.

Surat arahan dari Jabatan Pendidikan Perak

Borang yang perlu diisi dan diemelkan

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Rabu, 23 Julai 2014

KEHADIRAN MURID PADA 10 MEI 2014 (HARI GANTI)

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEHADIRAN MURID PADA 10 MEI 2014 (HARI GANTI)

Merujuk perkara di atas.

Mohon sekolah hantar peratus kehadiran pada 10 Mei 2014. Emelkan maklumat ke hemperaktengah@gmail.com

Mohon disegerakan sebelum atau pada 24 Julai 2014.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

KEMASKINI KEHADIRAN MURID DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEMASKINI KEHADIRAN MURID DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID

Merujuk perkara di atas.

Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid telah boleh digunakan.

Mohon sekolah mengisi kehadiran murid dengan kadar segera.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

TAWARAN BIASISWA TAHUN 2014

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

SEMAKAN NAMA MURID DITAWARKAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SETUJU TERIMA DAN NOMBOR AKAUN BSN BAGI TAWARAN BARU BKP TAHUN 2014

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.

Slik klik pautan di bawah :

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

KWAPM (eDAMAK)

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KWAPM (eDAMAK)

Merujuk perkara di atas.

Didapati ada terdapat beberapa kesilapan teknikal dalam senarai nama murid yang terlibat.

Mohon sekolah tidak menyerahkan lagi wang kepada penjaga. Sila nyatakan permasalahn yang terdapat di dalam senarai nama dan hantarkan ke Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah dengan kadar segera.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

SENARAI SEMAK PENGURUSAN HEM

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SENARAI SEMAK PENGURUSAN HEM

Merujuk perkara di atas.

Senarai semak dibekalkan untuk panduan umum pengurusan HEM. Mohon sekolah mengambil tindakan seperti yang disarankan.

Sila klik pada pautan di bawah :

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Isnin, 21 Julai 2014

PERATUS KEHADIRAN MURID PADA HARI GANTI PERSEKOLAHAN 21 JUN 2014


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
 
Tuan,
 
PERATUS KEHADIRAN MURID PADA HARI GANTI PERSEKOLAHAN 21 JUN 2014
 
Merujuk perkara di atas.
 
Pihak PPD Perak Tengah sedang mengumpul maklumat berkaitan peratus kehadiran murid pada hari ganti persekolahan hari Sabtu (21 Jun 2014).
 
Mohon sekolah yang terlibat menghantar peratus kehadiran ke emel hemperaktengah@gmail.com
 
Mohon segera selewat-lewatnya pukul 10.00 pagi 22 Julai 2014.
 
Sekian, terima kasih.
 
Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Ahad, 20 Julai 2014

BAHAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

BAHAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

Merujuk perkara di atas.

Tarikh perlaksanaan di sekolah  21 hingga 25 Julai 2014.  

Bahan boleh dimuat turun.
Sila klik pada pautan di bawah :

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Khamis, 17 Julai 2014

PERINGATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PERINGATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSH-SPKIA)701/07(19) bertarikh 10Julai 2014 adalah berkaitan.

2. Kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan yang mendadak penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak memandang serius penyakit ini walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.

3. Walau bagaimanapun dengan bertambahnya bilangan kes yang berlaku, pihak sekolah perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan yang lebih serius lagi bagi membendung penyakit ini.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dipohon mengambil tindakan seperti berikut,
4.1. MenubuhkanJawatankuasa PengurusanPendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah.
4.2 Mengadakan Perhimpunan Khas Pendidikan Pencegahan Denggi pada 21 Julai 2014 (lsnin). Selepas perhimpunan tersebut, aktiviti Cari dan Musnah boleh dilaksanakan semasa waktu P d P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4.3 Melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes pada 25 Julai 2014 dengan meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik(abate) di tempat pembiakan nyamuk.
4.4 Pihak sekolah hendaklah menghantar semua laporan aktiviti Pendidikan dan Pencegahan Denggi ke PPD Perak Tengah ( u.p : Unit HEM ).

5. Di dalam usaha melaksanakan aktiviti membendung pembiakan nyamuk aedes, pihak sekolah boleh merujuk Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah dan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.2/1992.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun surat daripada JPN Perak

Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

Selasa, 1 Julai 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

KEMASKINI MAKLUMAT KEHADIRAN MURID DALAM APDM

Merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid telahpun  dibaik pulih sepenuhnya. Pihak sekolah boleh menggunakan aplikasi kehadiran ini mulai jam 2.00 petang, 1 Julai 2014.

Mohon pihak sekolah kemaskini kehadiran murid.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Penghantaran Borang Pendaftaran Untuk Skim Insurans Murid Sekolah SPAD

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Penghantaran Borang Pendaftaran Untuk Skim Insurans Murid Sekolah SPAD

Merujuk perkara di atas.

Mohon sekolah menghantar maklumat berkaitan Borang Pendaftaran Untuk Skim Insurans Murid Sekolah SPAD pada atau sebelum 8 Julai 2014.

Sebarang masalah boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian
013-5159012.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Peratus Kehadiran Murid Bulan Mei Tahun 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Peratus Kehadiran Murid Bulan Mei Tahun 2014

Merujuk perkara di atas.

Mohon sekolah menghantar maklumat berkaitan Peratus Kehadiran Murid Bulan Mei Tahun 2014 ke emel hemperaktengah@gmail.com sebelum atau pada 2 Julai 2014.

Sebarang masalah boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian
013-5159012.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah