Khamis, 30 Januari 2014

PERUBAHAN PENGHANTARAN SMA KALI PERTAMA TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Asrama Harian Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KUTIPAN DATA SISTEM MAKLUMAT ASRAMA (SMA) KALI PERTAMA TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem Maklumat Asrama perlu dikemaskini berakhir 31 Januari 2014.

3.            Mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memastikan data murid dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA) dikemaskini dengan tepat berdasarkan murid-murid di sekolah tuan pada 31 Januari 2014.

4.            Data SMA yang telah siap perlulah diemelkan ke hemperaktengah@gmail.com  selewat-lewatnya 08 Februari 2014.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

KEKURANGAN/LEBIHAN BUKU DI DAERAH PERAK TENGAH 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah,
(u.p : Guru SPBT)

Cara Mendapat Bekalan Buku SPBT Dari Sekolah Lain – Segera

Merujuk perkara di atas.

Sekolah yang kekurangan buku SPBT boleh klik pautan di bawah untuk muat turun senarai buku SPBT yang berlebihan di sekolah-sekolah dalam Daerah Perak Tengah. Data ini dimuat turun pada 30 Januari 2014.

Sekolah Menengah

Sekolah Rendah

Para guru boleh melihat senarai buku yang berlebihan di sekolah lain.

Hubungi segera Guru SPBT sekolah berkenaan dan tempah buku yang dikehendaki.

Perlu disiapkan surat permohonan buku untuk memohon buku dari sekolah tersebut. Senaraikan Judul dan kuantiti yang diminta.

Setelah mendapat atau memberikan buku kepada sekolah lain, perlulah :
-          Edit semula maklumat buku kurang/lebih dalam sistem EBULK. Kedua-dua pihak terlibat.

Mohon kerjasama.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Isnin, 27 Januari 2014

HARGA MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH - TIDAKAN SEGERA

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MAKLUMAT BERKAITAN HARGA MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN SEKOLAH

Merujuk perkara di atas.

2.  Susulan daripada timbul isu kenaikan harga makanan dan minuman di kantin sekolah, Jawatankuasa Siasatan Harga Makanan di Kantin Sekolah Peringkat Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat pada 22 Januari 2014. Beberapa maklumat diperlukan oleh Jawatankuasa ini.

3. Mohon sekolah muat turun maklumat di bawah dan hantar :
        i.            Softcopy ke hemperaktengah@gmail.com
      ii.            Cetakan ke Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun bahan.

Surat

Lampiran 1

Sila hantar Lampiran 1 sebelum 30 Januari 2014.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyari Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Jumaat, 24 Januari 2014

PENGURUSAN DELIVERY ORDER (DO) DAN SAP PS1M 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
(u.p : Guru Penyelaras Susu)

Tuan,

PENGURUSAN DELIVERY ORDER (DO) DAN SAP PS1M 2014

Merujuk perkara di atas.

Terdapat kesilapan teknikal yang telah diasampaikan semasa taklimat pada 20 Januari 2014.

2.  Delivery Order (DO) boleh dicop dan ditandatangani oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan juga Pembantu Tadbir.

3.  Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hanya boleh ditandatangani oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sahaja. Jika Guru Besar atau Penolong Kanan tiada di sekolah semasa hari penghantaran susu terutama pada waktu petang, maka SAP tidak perlu diberikan kepada syarikat yang menghantar susu. SAP ditinggalkan di sekolah dan perlukan tandatangan dan cop Guru Besar atau Penolong Kanan. Setelah ditandatangani dan dicop oleh Guru Besar atau Penolong Kanan, pihak sekolah boleh menghubungi Pegawai Perhubungan PS1M iaitu Encik Riduan untuk mengambil SAP yang telah lengkap ditandatangani. 1 salinan simpanan sekolah dan 1 salinan untuk pihak pembekal.

4.  Sebarang keraguan boleh bertanya kepada Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar, Penyelia HEM di talian 0135159012.

Harap ambil tindakan sewajarnya.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Rabu, 22 Januari 2014

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1M (BKAP 1M) TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1M (BKAP 1M) TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.            Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat pelaksanaan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1M Tahun 2014.

3.           Mohon berikan maklumat pelaksanaan seperti di bawah :
Tarikh                        :
Masa              :
Tempat          :
Perasmi         :

4.       Segala maklumat perlu dihantar kepada Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar (Penyelia HEM) pada atau sebelum sebelum 27 Januari 2014. Untuk penghantaran segera emelkan ke hemperaktengah@gmail.com.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah


PERTANDINGAN ANUGERAH KANTIN BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

PERTANDINGAN ANUGERAH KANTIN BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 (SEKOLAH MENENGAH)

Perkara di atas dirujuk.

2.  Mohon sekolah-sekolah menengah di Daerah Perak Tengah menyertai Pertandingan Kebersihan Kantin dan Dapur Asrama.

3.  Hantar borang penyertaan ke Sub Unit Kesihatan, SPK, JPN untuk perhatian En. Jamil bin Dayan, Penolong Pengarah Kesihatan. Satu salinan ke PPD Perak Tengah untuk perhatian En. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar, Penyelia HEM

4. Tarikh tutup penyertaan 10 Februari 2014.

5.  Sila muat turun bahan di bawah :

Surat dari JPN

Borang Pertandingan

Bahan Taklimat Pertandingan kantin

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyari Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

SISTEM KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA 2014/2015



20 JANUARI 2014 HINGGA 7 APRIL 2014 - Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2014/2015...Setiap pemohon diberi peluang kemaskini permohonan sebanyak 3 KALI SAHAJA, sila gunakan sebaiknya. Bagi calon lepasan SPM, STPM & STAM 2013 anda digalakkan melengkapkan permohonan dahulu dan mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan... Di bawah diberikan sedikit maklumat yang sering ditanya oleh pemohon, harap dpt membantu anda. Semoga Berjaya! Pembeliaan no. unik ID di BSN : 7 JANUARI 2014 HINGGA 20 APRIL 2014 (Jika calon telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula di kaunter BSN) Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60 Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60 Kemasukan adalah pada : lepasan SPM/Setaraf - Jun 2014 lepasan STPM/Setaraf - September 2014 Permohohan melalui :https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ Kategori Permohonan : LEPASAN STPM/SETARAF ----------------------------------- Kategori A – STPM 2013 aliran Sastera Kategori S – STPM 2013 aliran Sains Kategori P,N,U,L,K,J - Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014 Kategori T - STAM tahun 2013 atau 2012 sahaja Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F) --------------------------------------------------- Kategori E - Aliran Sastera Kategori F - Aliran Sains • Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2012 atau sebelumnya; atau • Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2012 atau sebelumnya; atau • Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya; • Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS; • Lulusan Sekolah Sukan Malaysia; • Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan sebagainya. • Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA LEPASAN SPM/Setaraf ------------------------------- Kategori A - Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja. Kategori B - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012. Kategori C - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. Kategori D - Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013. *Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. *Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA. **Untuk bantuan lanjut mengenai borang permohonan boleh rujuk Manual Pengguna di bawah :

Lepasan SPM/Setaraf :
Klik di sini

Lepasan STPM/Setaraf :
Klik di sini

Khamis, 16 Januari 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MESYUARAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIL. 1/2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling akan di adakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Januari 2014 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
Pakaian : Rasmi

Mohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan  Guru Bimbingan dan Kaunseling / Guru Bimbingan di sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat di atas.

Daripada,
Muhammad Fairus b. Abdul Rahman
Penyelia PPDa PPD Perak Tengah

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PPDa 2014

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

 Tuan,

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2014

Pihak PPD Perak Tengah sedang mengumpul maklumat bagi tujuan penilaian mengenai Pelaksanaan Khidmat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah.

Mohon pihak tuan muat turun dan lengkapkan bahan yang disertakan dibawah mengikut kategori sekolah tuan.

Borang Senarai Semak Pengurusan PPDa (PPDa01) Sekolah Rendah
Klik di sini

Borang Senarai Semak Pengurusan PPDa (PPDa02) Sekolah Menengah

Maklumat yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 24 Januari 2014 ke :

1.       Softcopy emailkan ke unitppdapet@gmail.com
2.       Hardcopy hantar kepada En. Muhammad Fairus b. Abdul Rahman (Penyelia PPDa PPD Perak Tengah)

Mohon kerjasama pihak tuan.

Daripada,
Muhammad Fairus b. Abdul Rahman
Penyelia PPDa PPD Perak Tengah

Cara Mendapat Bekalan Buku SPBT Dari Sekolah Lain – Segera

Guru Besar Sekolah Kebangsaan,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah,
(u.p : Guru SPBT)

Cara Mendapat Bekalan Buku SPBT Dari Sekolah Lain – Segera

Merujuk perkara di atas.

Sekolah yang kekurangan buku SPBT boleh klik pautan di bawah untuk muat turun senarai buku SPBT yang berlebihan di sekolah-sekolah dalam Daerah Perak Tengah. Data ini dimuat turun pada 16 Januari 2014.

Akan keluar paparan dibawah :

Klik sahaja untuk muat turun.

Setelah muat turun, klik 2 kali pada fail seperti di bawah.


Selepas itu akan keluar soalan di bawah.


Pilih Yes.

Para guru boleh melihat senarai buku yang berlebihan di sekolah lain.
Hubungi segera Guru SPBT sekolah berkenaan dan tempah buku yang dikehendaki.
Perlu disiapkan surat permohonan buku untuk memohon buku dari sekolah tersebut. Senaraikan Judul dan kuantiti yang diminta.

Setelah mendapat atau memberikan buku kepada sekolah lain, perlulah :
-          Edit semula maklumat buku kurang/lebih dalam sistem EBULK. Kedua-dua pihak terlibat.

Mohon kerjasama.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Isnin, 13 Januari 2014

PELAKSANAAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

PELAKSANAAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) 2014
Mohon muat turun bahan di bawah

Data Agihan PS1M
Surat Siaran PS1m
Surat Dari JPN

Harap ambil tindakan sewajarnya.
Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Bahan Taklimat Mesyuarat Pengurusan HEM Kali Pertama 2014

Bahan Taklimat Mesyuarat Pengurusan HEM Kali Pertama 2014

Mesyuarat HEM Kali Pertama 2014

Laporan Sebut Harga Kantin

Ujian Aptitud 1

Ujian Aptitud 2

Harap ambil tindakan sewajarnya.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Aplikasi Analisis Program Amalan Guru Penyayang



Pengetua/ Guru Besar

Semua Sekolah Negeri Perak



Tuan,

APLIKASI ANALISIS PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

Sukacita merujuk perkara di atas. Bersama ini diserta surat berkaitan untuk tindakan tuan.

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN



Attachments:SURAT APLIKASI PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG [ ] 700 Kb

Rabu, 8 Januari 2014

Salam dan selamat tahun baru 2014.

Kepada semua Pengetua/Guru besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1/2014 DAN TAKLIMAT MARKAH 10% KOKURIKULUM

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan dijalankan seperti butiran berikut;

Tarikh : 16 Januari 2014
Masa  :  2.30 petang
Tempat; Bilik Al-Biruni, PPD Perak Tengah

Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan agar dapat memberikan pelepasan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Kanan Kokurikulum, Pengerusi Teknik kokurikulum dan Pegawai/Jurulatih Utama badan Beruniform Daerah Perak Tengah dari sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Sebarang pertanyaan hubungi En.Mokhtar b Shaari(Penyelia Kokurikulum) 019-5595892 atau En Ahmad Azuwan bin Ismail (Pen PPD Ko Akademik Men) 013-4365511
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 3 Januari 2014

PERTUKARAN URL APDM - PENTING

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

PERTUKARAN URL APDM - PENTING

Dimaklumkan kepada semua guru, bahawa url Aplikasi Pangkalan Data Murid telah bertukar ke http://apdm.moe.gov.my

Untuk mendaftar murid Tahun 1 dan Tingkatan 1, pihak admin sekolah perlu mendaftar kelas Tahun 1/Tingkatan 1. Selepas itu barulah murid boleh dimasukkan ke dalam kelas tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
1. Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar - 0135159012
2. Unit ICT PPD Perak Tengah - 0175755587


Harap maklum. Terima Kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Khamis, 2 Januari 2014

BUKU LAPORAN KENDIRI KANTIN SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

BUKU LAPORAN KENDIRI KANTIN SEKOLAH

Merujuk perkara di atas.

Buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah ada disediakan di PPD Perak Tengah. Mohon sekolah yang belum mengambil buku tersebut untuk hadir ke PPD Perak Tengah untuk mengambil buku tersebut.

Buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah boleh diambil melalui :
1. Kaunter PPD
2. Penyelia HEM – Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Harap maklum.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Rabu, 1 Januari 2014

SENARAI BUKU KURANG/LEBIH DI SEKOLAH-SEKOLAH

Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SENARAI BUKU KURANG/LEBIH DI SEKOLAH-SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sekolah yang kekurangan buku boleh memohon dari sekolah yang mempunyai lebihan buku. Sekolah yang mempunyai lebihan buku haruslah mengedarkan buku yang berlebihan kepada sekolah yang memerlukan.
Klik pautan di bawah untuk muat turun senarai sekolah yang mempunyai lebihan buku.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah