Jumaat, 27 Disember 2013

BORANG PERMOHONAN KWAPM TAHUN 1/TINGKATAN 1 TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

BORANG PERMOHONAN KWAPM TAHUN 1/TINGKATAN  1 TAHUN 2014

Tuan,

Pihak sekolah boleh mengambil langkah awal dengan mengedarkan borang permohonan KWAPM kepada murid-murid baru di sekolah tuan.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang KWAPM


Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Khamis, 26 Disember 2013

BAKI SUSU 1MALAYSIA DI SEKOLAH(PENTING)

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

BAKI SUSU 1MALAYSIA DI SEKOLAH(PENTING)

Tuan,

Mohon pihak sekolah maklumkan kepada PPD Perak Tengah (u.p : Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar..0135159012) jika terdapat baki susu 1Malaysia di sekolah  yang diedarkan pada Tahun 2013 di sekolah Tuan.

Baki susu itu akan dipungut oleh pihak yang akan dilantik.

Mohon pihak sekolah melaporkan dengan kadar segera untuk tindakan pihak PPD Perak Tengah selanjutnya.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengeluarkan surat arahan penerimaan Program Susu 1Malaysia Tahun 2014 pada pertengahan Januari 2014. Mohon pihak sekolah jangan menerima apa-apa penghantaran Susu 1Malaysia sehinggalah diberitahu oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau PPD Perak Tengah untuk Tahun 2014.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah


BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN  1MALAYSIA TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama ini dilampirkan bahan-bahan untuk panduan pihak tuan. Klik pautan untuk muat turun bahan :

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2014 (BKAP1M)

Slaid BKAP1M

Surat Siaran


Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Jumaat, 20 Disember 2013

PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 DI KANTIN SEKOLAH DAN PERMIS PEMBEKAL MAKANAN (RMT)

Pengetua/Guru Besar, 
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 
Tuan, 
PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009 DI KANTIN
SEKOLAH DAN PERMIS PEMBEKAL MAKANAN (RMT) 
Perkara di atas adalah dirujuk. 
Mulai Tahun 2014, Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 akan
 dikuatkuasakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. 
Mohon pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya. 
Klik pautan di bawah untuk muat turun bahan : 
1. Surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Keselamatan Kualiti Makanan 
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRUHczWDFZdmZSVVU/edit?usp=sharing 
2. Pamplet 
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpROGxSMFR0cmdXZ2s/edit?usp=sharing 
3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRSU43Qi0yNngwWVE/edit?usp=sharing 
Sekian, terima kasih. 
Daripada, 
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar 
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Selasa, 10 Disember 2013

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Guru Besar, 
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 
Tuan, 
ENROLMEN MURID UNTUK PROGRAM SUSU 1MALAYSIA 
Perkara di atas dirujuk. 
Program Susu 1Malaysia akan diteruskan pada tahun 2014. 
Mohon pihak sekolah menghantar maklumat enrolmen murid tahun 2014 ke PPD Perak Tengah: 
i) softcopy ke hemperaktengah@gmail.com pada atau sebelum 20 Disember 2013 
ii) cetakan ke Penyelia HEM PPD Perak Tengah pada atau sebelum 23 Disember 2013 (Perlu disahkan oleh Guru Besar) 
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang : 
https://drive.google.com/file/d/0B2KXC1sC_tEtTUVaMmFaaHVaWkE/edit?usp=sharing 
Mohon kerjasama. 
Sekian, terima kasih. 
Daripada, 
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar 
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Jumaat, 6 Disember 2013

MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

MAKLUMAT PENGUSAHA KANTIN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

Mohon pihak sekolah menghantar segera maklumat pengusaha kantin di sekolah tuan. Satu kursus untuk pengusaha baru akan diadakan pada akhir Disember 2013.

Sila klik pautan dibawah untuk muat turun borang :

Mohon hantar ke PPD Perak Tengah sebelum 16 Disember 2013.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah