Khamis, 14 November 2013

PROGRAM PENATARAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2013

Semua Guru Besar,

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PROGRAM PENATARAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 2013 UNTUK KAUNSELOR / GURU BIMBINGAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK

Sukacita dimaklumkan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sektor Pengurusan Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan program penataran berkaitan dengan Pentaksiran Psikometrik Aptitud Am  akan diadakan bagi tujuan melatih semua Kaunselor / Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Rendah berkenaan pentaksiran yang tersebut.

2.         Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

            2.1.   Tarikh     :     21 November 2013 (Khamis)

            2.2.   Masa       :     8.00 pagi – 12.00 tengahari

            2.3.   Tempat   :     Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

3.         Mohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan kaunselor atau guru bimbingan kaunseling sekolah tuan (seorang sahaja bagi setiap sekolah) untuk hadir ke program yang tersebut. Semua peserta  digalakkan untuk berkongsi kereta. Kehadiran adalah wajib.

4.         Surat siaran dan jadual program yang berkenaan boleh dimuat turun di pautan di bawah :
https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRd2loTGtaa1dXaXc/edit?usp=sharing

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Selasa, 5 November 2013

PERTANDINGAN MEMASAK DAN GUBAHAN SEMPENA KARNIVAL

Syarat Pertandingan Memasak
1. Terbuka kepada Ahli PSKPP ( Perempuan )
2. Setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang
3. Tema “ Masakan Tradisional Negeri Perak Berasaskan Durian “ untuk makan tengah hari
4. Kesemua alatan,  bahan mentah memasak dan menghidang disediakan oleh peserta
5. Menu terdiri daripada :
a.       Masakan utama bertemakan durian
b.      Pencuci mulut
c.       Minuman
d.      Hidangan tambahan
6.Tempoh menyedia, memasak dan menghidang adalah 1 jam ( 10.00 pagi – 11.00 pagi )
a.       Menu utama dimasak di tempat pertandingan
b.      Lain-lain menu tambahan boleh disediakan terlebih dahulu
7. Kesemua bahan dan ramuan memasak termasuk bahan hiasan, kerja menyiang, membersih, mengisar, mengukir, mengupas boleh disediakan sebelum pertandingan
8. Peserta perlu memakai apron
9.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan nyawa dan harta benda serta sebarang kecurian sebelum, semasa dan selepas pertandingan
10. Penilaian
Kategori
Markah
Rasa
50
Kreativiti
15
Kerjasama
10
Kebersihan
10
Persembahan
15


11. Dapur disediakan oleh PPD Perak Tengah


Syarat Pertandingan Gubahan
1. Terbuka kepada Ahli PSKPP ( Perempuan )
2. Setiap kumpulan tidak melebihi 3 orang
3. Tema “ Gubahan Hantaran Perkahwinan “
4. Kesemua alatan disediakan sendiri oleh peserta
5. Gubahan berasaskan kain atau tuala
6. Tempoh menggubah adalah 1 jam. (10.00 pagi – 11.00 pagi)
7.Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kehilangan nyawa dan harta benda serta sebarang kecurian sebelum, semasa dan selepas pertandingan
8. Penilaian
Kategori
Markah
Kreativiti
50
Ikut Tema
15
Kekemasan
15
Persembahan
20

Hadiah menarik untuk Pemenang Utama Pertandingan Memasak
Wang Tunai
Plak
Sijil
Percutian 2 Hari 1 Malam – sebuah apartmen disediakan










Jumaat, 1 November 2013

PERLAKSANAAN RMT DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

PERLAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mohon pihak sekolah tuan mengambil tindakan berikut :
a. hantar bilangan penerima RMT 2014 Tahun 2 – 6 dan pendidikan khas sebelum 15 Disember 2013
- softcopy ke rmtperaktengah@gmail.com , cetakan kepada Penyelia HEM
b. hantar bilangan penerima RMT 2014 Tahun 1 sebelum 15 Januari 2014
- softcopy ke rmtperaktengah@gmail.com , cetakan kepada Penyelia HEM
c. hantar senarai nama penerima RMT 2014 Tahun 1 – 6 dan pendidikan khas sbelum 22 Januari 2014
- softcopy ke rmtperaktengah@gmail.com , cetakan kepada Penyelia HEM

Softcopy boleh dimuat turun di Portal PPD Perak Tengah atau hemperaktengah.blosgspot.com

Klik pautan di bawah untuk muat turun borang
https://drive.google.com/file/d/0B2KXC1sC_tEtc1NKWFJZdFJSaXc/edit?usp=sharing

3. Tarikh perlaksanan RMT :
- Tahun 2 – 6 dan Pendidikan Khas, bermula hari pertama persekolahan Tahun 2014
- Tahun 1 dan kes cicir, bermula 1 Februari 2014


Segala kerjasama dari pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

TAKLIMAT SELIA BANTU PENGURUSAN HEM KALI KETIGA TAHUN 2013

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan ,

TAKLIMAT SELIA BANTU PENGURUSAN HEM KALI KETIGA TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Taklimat akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 7 November 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tutorial SK Seri Iskandar
Bilangan Peserta : 76 orang

3. Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada Penolong Kanan HEM/Guru Kanan HEM untuk hadir ke sesi taklimat di atas.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah