Rabu, 4 September 2013

Bahan Taklimat Sistem e-Profil Murid Tingkatan 1

Kepada
Semua Guru Bimbingan & Kaunseling
Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

Bahan Taklimat Sistem e-Profil Murid Tingkatan 1

Disini disertakan bahan taklimat Pengurusan Sistem e-Profil Murid (SePKM) yang telah dilaksanakan pada 29 Ogos 2013 di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar.

1. Slot 1: Pengenalan Sistem SePKM Terkini
https://app.box.com/s/5wagqcx2j7srd7euv9to
2. Slot 2: Garis Panduan Perlaksanaan SePKM
https://app.box.com/s/4o5do6yrf0vxtsdi4le8
3. Slot 3: Aplikasi
https://app.box.com/s/8u3tljeyc0bh9za3b4lg

Mohon Guru Bimbingan & Kaunseling muat turun bahan ini untuk memperkasakan pengetahuan sedia ada dalam menjalankan Sistem e-profil ini di sekolah masing-masing.


Semoga Berjaya

En. Hamshah b Noraini 
Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling 
PPD Perak Tengah 

Selasa, 3 September 2013

AGIHAN JAKET KESELAMATAN KE SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

AGIHAN JAKET KESELAMATAN KE SEKOLAH

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang mengumpul maklumat mengenai jaket keselamatan yang pernah diterima oleh sekolah-sekolah sepanjang tahun 2009 hingga tahun 2013.

Oleh itu pihak PPD Perak Tengah memohon agar sekolah-sekolah yang pernah menerima agihan jaket keselamatan agar memasukkan maklumat yang diperlukan. Penghantaran maklumat pada atau sebelum 6 September 2013.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang
Borang Jaket Keselamatan


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia HEM, Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar (0135159012).

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

LAPORAN MINGGUAN KETIDAKHADIRAN MURID

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

LAPORAN MINGGUAN KETIDAKHADIRAN MURID

Perkara di atas dirujuk.

Berdasarkan taklimat HEM yang telah diadakan di SK Seri Iskandar dua minggu lepas, pihak sekolah perlu menghantar laporan sekiranya kehadiran di sekolah tersebut di bawah 90 peratus.

Bersama ini disertakan format laporan untuk digunakan oleh sekolah dan perlu dihantar setiap minggu ke PPD Perak Tengah sekiranya kehadiran murid di sekolah tuan di bawah 90 peratus. Laporan ini handaklah dihantar dalam bentuk cetakan untuk perhatian Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi.

Sila klik pautan dibawah untuk muat turun borang :
Format Borang Laporan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia HEM, Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar ( 0135159012 ). Mohon kerjasama.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah