Khamis, 25 Julai 2013

PROGRAM “QUEST FOR YOUNG SCIENTIST COMPETITION” ANJURAN QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY, IPOH, PERAK

Pengetua
Sekolah –Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan ,

PROGRAM “QUEST FOR YOUNG SCIENTIST COMPETITION” ANJURAN QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY, IPOH, PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Quest International University  akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

                       Tarikh                        :  21 September 2013
                        Hari                            :  Sabtu
                       Tarikh Tutup              :  21 Ogos 2013
                                 
3.       Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 4, 5,dan 6 seluruh negeri Perak. Untuk makluman butiran dan borang pertandingan, pihak tuan hendaklah menghubungi pegawai di pejabat ini, Encik Ahmad Azuwan bin Ismail di talian 05-3771273 atau 013-4365511 yang sedia membantu. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
         
4.       Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Pihak tuan juga hendaklah mematuhi surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkaitan dengan prosedur penglibatan guru dan murid dalam aktiviti luar bilik darjah.

Kerjasama tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 19 Julai 2013

XPDC SANTAI SUNGAI PERAK

XPDC SANTAI SUNGAI PERAK 2013
30 JUN 2013
KG.BEKOR - PULAU CHEMPAKA SARI
29 ORANG PESERTA


 
MENAIKI LORI DARI DEWAN KG.BEKOR KE REKUDA


PESERTA MEMULAKAN XPDC


 
POSE ISTIMEWA  TUAN PPD - HJ.MOHAMMAD ZALKORNAIN JAAFAR

 BEREHAT SEBENTAR..............................

 PERSINGGAHAN DI PULAU TEPUS

 TAKLIMAT PENGGUNAAN KOMPAS DAN PETA OLEH EN.MURAD

 EN,ZAINAL PEMBANGUNAN..... TERSENYUM RIANG


EN.ZULKIFLI ...MANGSA KAYAK TERBALIK

 

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA EN.MURAD




KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
2-5 JULAI 2013
STADIUM TERTUTUP NILAI,NEGERI SEMBILAN

KONTIGEN NEGERI PERAK YANG DIWAKILI OLEH SK,SERI ISKANDAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 2013


TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA MURID-MURID DAN GURU SK.SERI ISKANDAR YANG TELAH MENJULANG NAMA DAERAH PERAK  TENGAH DAN NEGERI PERAK

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI PERAK
 15-16 JUN 2013
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN SHAH, ULU KINTA PERAK



TOKOH DOKTOR MUDA KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT                       NEGERI PERAK

Johan Kuiz Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak  2013
Johan Buku Informasi Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak  2013
Johan Inovasi Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak  2013

Johan Pameran Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Perak  2013


Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang telah mengharumkan nama Perak Tengah di peringkat negeri.

Rabu, 10 Julai 2013

Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

Perlaksanaan Program Amalan Guru Penyayang.

Sukacita merujuk kepada perkara di atas. Bersama ini dilampirkan surat dan senarai sekolah berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

Attachments:
Download this file (PROGRAM GURU PENYAYANG.pdf)SURAT AMALAN GURU PENYAYANG[ ]2225 Kb


Disertakan 4 jenis borang yang diperlukan untuk diisi oleh pihak tuan:-

1. Borang Indeks Persepsi Murid Terhadap Amalan Guru Penyayang
https://www.box.com/s/goe4i1z12danpr6euglm

2. Borang Laporan Pandangan Guru Terhadap Amalan Guru Penyayang
https://www.box.com/s/bcb0qtbuj5f9in12lvfk

3. Borang Perlaksanaan Program Amalan Guru Penyayang
https://www.box.com/s/hpeokloexcy10k9mtfk9

4. Borang Laporan Program Mentor Mentee
https://www.box.com/s/vv703jvf4lq2wc7ha73l


PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT PENDIDIKAN ISLAM


Semua
Pengetua dan Guru Besar,
Daerah Perak Tengah

Tuan,

PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT PENDIDIKAN  ISLAM

Sukacita merujuk perkara di atas.
2.         Mohon tindakan segera daripada pihak tuan supaya pihak sekolah dapat membuat pelupusan buku teks Pendidikan Islam dan yang berkaitan dengan menggunakan Borang Arkib 2/08 terlebih dahulu.
3.         Sehubungan dengan itu,dua salinan  borang permohonan itu perlu dihantar ke Unit HEM, Sektor Pembangunan Kemanusiaan sebelum atau pada 30 Ogos 2013.
4.         Pelupusan buku teks Pendidikan Islam yang telah diluluskan oleh pihak Arkib Negara akan diambil oleh kontraktor yang ditetapkan oleh pihak JPN dengan mengisi 2 salinan Borang Arkib 12/08 dan hantar ke Unit HEM, JPN.

Sila Klik Attachment di bawah

Sekian,terima kasih.
Attachments:
Download this file (Arkib_12_08.doc)BORANG ARKIB 12/08[ ]34 Kb
Download this file (Arkib_2_08.doc)BORANG ARKIB 2/08[ ]41 Kb
Download this file (contoh Arkib_2_08.doc)CONTOH PENGISIAN BORANG[ ]46 Kb
Download this file (pelupusan 2013.pdf)SURAT BBT DAN TATACARA[ ]6350 Kb
Download this file (SURAT PELUPUSAN 2013.pdf)SURAT PELUPUSAN[ ]571 Kb

Penghantaran Maklumat Murid

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

PENGHANTARAN MAKLUMAT MURID

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat berkaitan murid di sekolah tuan. Mohon pihak tuan untuk mengisi maklumat dan menghantar semula ke email hemperaktengah@gmail.com. sebelum atau pada 15 Julai 2013 (Isnin).

 Klik Disini : Borang Penghantaran Maklumat Murid

Kerjasama tuan diakhiri dengan ucapan terima kasih.