Khamis, 27 Jun 2013

Dokumentasi Program Kembali Ke Sekolah 2013

Sekolah/PPD/JPN/Bahagian
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Program/Aktiviti
Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Perak Tengah 2013

Objektif
Di akhir program pelajar celik akal :-
  1. Dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hadir ke sekolah.
  2. Dapat meningkatkan kendiri dalam diri pelajar.
  3. Dapat membantu pelajar mengenalpasti masalah dan kemahiran belajar.
  4. Meningkatkan kesedaran dan sayangi diri sendiri dalam kalangan pelajar.

Pengelola
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Tarikh
19 Jun 2013, Rabu

Tempat
Pusat Kegiatan Pelajar, Lambor Kanan

Bilangan Warga Pendidik Terlibat

15 orang Guru Bimbingan & Kaunseling
Sasaran
Pelajar Tingkatan Empat
40 lelaki + 40 perempuan = 80 orang murid
Personalia
1.    Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling
2.    Guru bimbingan & Kaunseling Daerah Perak Tengah

Kos / Sumber
Kementerian Pelajaran Malaysia

Strategi Pelaksanaan
1.    Taklimat dan motivasi
2.    Latihan dalam kumpulan (LDK)
3.    Kaunseling Kelompok
4.    Refleksi
Rumusan / Penilaian
Program ini berfokuskan untuk menarik minat murid terhadap pelajaran disamping mencungkil potensi diri dalam kalangan murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai falsafah tersendiri dalam membantu murid-murid untuk percaya pada diri dengan perubahan sikap mampu membantu mereka untuk mencapai kejayaan.
Pada keseluruhan program ini berjalan lancar walaupun terdapat perubahan tempat di saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, dengan sokongan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Tn. Hj Mohammad Zalkornain b Jaafar yang telah menyampaikan amanat kepada para peserta program telah membuatkan para fasilitator bertambah semangat melakukan tugasan yang diberi.

Cadangan / Penambaikan
Semoga tempat program dinaiktaraf agar lebih kondusif.












































































Rabu, 26 Jun 2013

Borang Bekalan BTBTR460 Buku Teks

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

BORANG BEKALAN BTBTR460 BUKU CETAKAN SEMULA BAGI KEGUNAAN TAHUN 2014 DAN MEMASUKKAN DATA PESANAN DAN PENERIMAAN BUKU TEKS SPBT BAGI BUKU CETAKAN SEMULA (BCS) SERTA LAPORAN BUKU ROSAK DALAM APLIKASI eMATEKS v.2

Dimaklumkan pembekalan buku teks ke sekolah-sekolah bagi Buku Cetakan Semula (BCS) kegunaan 2014 telah bermula dan akan berakhir pada 5 Ogos 2013.

Mohon pihak sekolah melayari Portal Jabatan Pelajaran Perak untuk tindakan selanjutnya.

Pihak sekolah boleh klik pautan di bawah untuk muat turun maklumat :
1. Surat
https://www.box.com/s/bxlnzhdj1debo80f6nyj
2. Tatacara pelaksanaan
https://www.box.com/s/ppwgk5dtb2w5bfz6df1j
3. BTBTR460
https://www.box.com/s/fmv60j250y0v5xgsm5ho

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM PPD Perak Tengah.
0135159012

Dokumentasi Program Jati Diri Peringkat Daerah Perak Tengah 2013



LAPORAN BERGAMBAR
PROGRAM JATI DIRI PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2013

Sekolah/PPD/JPN/Bahagian
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Program/Aktiviti
Program Jati Diri Peringkat Daerah Perak Tengah

Objektif
Di akhir program pelajar celik akal :-
  1. Dapat membentuk sahsiah dan disiplin diri yang unggul dalam kalangan pelajar
  2. Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin serta memberi fokus kepada kejayaan dalam pelajaran.
  3. Dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan pelajar terhadap potensi diri.

Pengelola
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Tarikh
12 Jun 2013, Rabu

Tempat
Institut Latihan KEMAS, Seri Iskandar

Bilangan Warga Pendidik Terlibat

15 orang Guru Bimbingan & Kaunseling
Sasaran
Pelajar Tingkatan Empat
40 lelaki + 40 perempuan = 80 orang murid
Personalia
1.    Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling
2.    Guru bimbingan & Kaunseling Daerah Perak Tengah

Kos / Sumber
Kementerian Pelajaran Malaysia

Strategi Pelaksanaan
1.    Taklimat dan motivasi
2.    Latihan dalam kumpulan (LDK)
3.    Kaunseling Kelompok
4.    Refleksi
Rumusan / Penilaian
Program ini merupakan K.P.I Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan sahsiah unggul dalam kalangan murid di sekolah menengah. Dalam masa yang sama sedikit sebanyak dapat memberikan celik akal kepada pelajar bahawa diri dan kehidupan mereka adalah sangat berharga. Mereka dapat mengenal diri mereka dan menjadikan diri mereka seorang insan yang berguna. Secara keseluruhannya, program berjalan lancar seperti dirancang

Cadangan / Penambaikan
Melaksanakan aktiviti dalam kumpulan (LDK) dengan menambah aktiviti luar dewan. Di samping itu, menambahbaik modul sedia ada.

































































Sabtu, 22 Jun 2013

RMT 2013

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 1 TAHUN 2013
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas..

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat perubahan dalam melaksanakan RMT di sekolah. Klik pautan di bawah untuk muat turun :
a) Surat Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah Rendah
https://www.box.com/s/5yi9civvh4b68mqbb724
b) Pekeliling RMT Bilangan 1 2013
https://www.box.com/s/inq8e9vrjiwmelw1tl3e
c) Lampiran RMT 2013
https://www.box.com/s/t00exgmiyunav3uozom0

Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Daripada,
Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah
0135159012

Khamis, 6 Jun 2013

Program Jati Diri Murid Peringkat Daerah Perak Tengah 2013



Program Jati Diri Murid Tingkatan 4 Daerah Perak Tengah
Masa: 7.30 pagi-5.00 petang
Perasmi: Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah 
Fasilitator: Majlis Guru Bimbingan & Kaunseling Daerah Perak Tengah 
Sasaran: 80 orang murid Tingkatan 4




Selasa, 4 Jun 2013

Bahan Program 1Malaysia

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

BAHAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

Mohon sekolah- sekolah mengambil bahan-bahan tersebut di pigeon hole PPD Perak Tengah.

Bahan-bahan :
1. Poster sebanyak 3 unit
2. CD sebanyak 1 unit
3. Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah sebanyak 1 unit
4. Buku Laporan Program Susu 1Malaysia sebanyak 1 unit


































http://s1281.photobucket.com/user/hemperaktengah1/slideshow/


Mohon sekolah terangkan cara minum susu 1Malaysia berpandukan bahan -bahan yang dibekalkan.

Sekian, terima kasih.

Daripada ,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah
0135159012