Khamis, 30 Mei 2013

Program Bengkel Pemimpin Masa Hadapan 2013

Sekolah/PPD/JPN/Bahagian
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Program/Aktiviti
Bengkel Pemimpin Masa Hadapan 2013

Objektif
Melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berkeyakinan tinggi.

Pengelola
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
Majlis Guru Bimbingan Kaunseling Kebangsaaan     (Perak Tengah)

Tarikh
27-29 Mei 2013

Tempat
Rindu Alam Motel Kg Baharu Ayer Tawar

Bilangan Murid Terlibat

60 orang murid tingkatan 4 (Pemimpin sekolah) 
Perasmi / VIP
Ustaz Abdul Bielal b Abdul Rafal
Timbalan Pengarah HEP
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

En. Zaudi b. Lebai Mat
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Perak Tengah 
Pengisian
Pelajar didedahkan dengan 3 input:
  • Goal setting and self potential
  • Interpersonal Skill
  • Language Skill

Pelajar diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis, mengendalikan mesyuarat dan melaksanakan tugasan yang diberi.

Aktiviti yang dijalankan sepenuhnya diuruskan oleh Seketariat Inisiatif Tanggungjawab Sosial (SITS) diketua En. Ahmad Shahriman dan En. Hamzah serta tenaga pensyarah Kolej Profesional MARA Seri Iskandar yang lain.































































































































gg

Khamis, 23 Mei 2013

Program 3K Daerah Perak Tengah Tahun 2013


Tarikh : 18 Mei 2013
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : SK Titi Gantong
Anjuran : Unit Pembangunan Manusia PPD Perak Tengah

Kumpulan Sasaran :
Murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah

Kehadiran :
En. Zaudi b Lebai Mat ( Timbalan PPD Perak Tengah )
Murid- murid dan guru- guru SK Titi Gantong
Murid- murid dan guru- guru SK Bota Kiri
Murid- murid dan guru- guru SK Bota Kanan
Murid- murid dan guru- guru SK Pulau Padang
Murid- murid dan guru- guru SK Pasir Kubu
Murid- murid dan guru- guru SK Seri Kaya
Murid- murid dan guru- guru SK Teluk Kepayang
Murid- murid dan guru- guru SK Felcra Nasaruddin
Murid- murid dan guru- guru SK Bakong
Murid- murid dan guru- guru SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub
Murid- murid dan guru- guru SMK Layang-layang Kiri
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Polis Di Raja Malaysia
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Jabatan Pertanian
Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah
Pusat Pemulihan Akhlak

Perasmian Penutup :
Encik Hisyam bin Yacob ( Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah )

Objektif Program :
1. Meningkatkan kefahaman kepada warga sekolah tentang Program 3K
2. Mengeratkan hubungan antara PPD, Sekolah dan Agensi Kerajaan yang lain
3. Mengukuhkan lagi fungsi Program 3K ini dalam membantu menguruskan sekolah


Aktiviti Yang Dijalankan :
1. Senamrobik
2. Pameran
3. Demontrasi Kebakaran
4. Demontrasi Menangkap Ular
5. Demontrasi Anjing K9
6. Pemeriksaan Kesihatan
7. Pameran
8. Kuiz
9. Penanaman pokok ambra ( Bumi Hijau )























PENGHANTARAN MAKLUMAT sisMAKAN

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

PENGHANTARAN MAKLUMAT sisMAKAN TAHUN 2013
Perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat Pengusaha Kantin Sekolah dan maklumat Pengusaha Dewan Makan Asrama. Sistem sisMakan yang digunakan terlalu banyak masalah. Oleh itu mohon sekolah muat turun maklumat di bawah serta isikan dengan maklumat.
Klik link di bawah untuk muat turun maklumat :
https://www.box.com/s/xxcyxp8k81j7qpzslbvg

Maklumat yang lengkap hendaklah dihantar :
i) softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com
ii) cetakan ke Penyelia Hem PPD Perak Tengah

Sila hantar maklumat sebelum atau pada 14 Jun 2013.

Sekian, terima kasih.


Daripada:
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM PPD Perak Tengah.
013-5159012[/b]

LATIHAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)

PK HEM/GK HEM,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

LATIHAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)
Perkara di atas adalah dirujuk.

Latihan akan dijalankan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 3 Jun 2013 hingga 4 Jun 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
Keperluan : Komputer Riba
Pakaian : Rasmi


Kehadiran ke Latihan APDM ini secara sukarela. Oleh itu tiada tuntutan perjalanan dan makanan disediakan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia HEM (0135159012).

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM PPD Perak Tengah.
013-5159012

Selasa, 21 Mei 2013

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UPSR & SPM 2013 PERAK TENGAH (ANAK YATIM/MISKIN)

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

SK Felcra Nasaruddin
SK Seri Iskandar
SK Iskandar Perdana
SK Bota Kanan
SK Bota Kiri
SK Iskandar Shah
SK Titi Gantong
SK Lambor Kanan
SK Seri Cempaka
SK Changkat Lada 2
SK Dato Sagor
SK Tok Pelita
SK Lambor Kiri
SK Seberang Perak
SK Sungai Galah
SK Padang Changkat
SK Pasir Gajah
SK Layang-layang Kiri
SK Layang-layang Kanan
SK Sungai Ranggam
SMK Sultan Muhammad Shah
SMK Sultan Muzaffar Shah
SMK Layang-layang Kiri
SMK Lambor Kiri
SMK Seri Iskandar
SMK Dato' Seri Maharajalela
SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub
SMK Iskandar Shah
SMA Maahad Al Aziz
SMA Maahad Ehyak Diniah Islamiah
SMK Sungai Ranggam
SMK Sultan Abdul Jalil Shah
SMK Changkat Lada


PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UPSR & SPM 2013 PERAK TENGAH (ANAK YATIM/MISKIN)

Perkara di atas dirujuk.

Program di atas akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 13 Jun 2013 ( Khamis )
Masa : 7.30 pg - 5.30 ptg
Tempat : Institut Latihan Kemas Seri Iskandar

Mohon hantar peserta yang terdiri daripada murid yatim/miskin seperti ketetapan di bawah :
Bilangan murid dan guru yang terlibat, klik pautan di bawah :
Lampiran Sekolah

Para guru dinasihatkan untuk memuat turun dan mengisi borang pendaftaran di bawah untuk digunakan semasa pendaftaran.
Borang pendaftaran, klik pautan dibawah :
Borang Pendaftaran

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar, 013-5159012.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal bin Ahmad Mokhtar
Penyelia Hem
PPD Perak Tengah
013-5159012

Rabu, 15 Mei 2013

Pencalonan Sekolah BENCHMARK Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Pencalonan Sekolah BENCHMARK Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang 2013

Merujuk kepada perkara diatas surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak J.Pel.Pk. (HEM)5128/5/6 Jld.2 (19) akan memilih sekolah yang terbaik di negeri Perak untuk dijadikan BENCHMARK perlaksanaan Amalan Guru Penyayang ini.

Sehubungan itu, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah membuka pencalonan ini kepada sekolah untuk memberi maklumbalas penyertaan sebagai sekolah BENCHMARK program Amalan Guru Penyayang ini.

Sila beri maklumbalas melalui borang yang boleh diupload daripada laman blog ini
Borang Maklumbalas Guru Penyayang Sekolah Benchmark

Tarikh akhir hantara borang adalah pada 17 Mei 2013 (Jumaat)

* Hanya sebuah sekolah menengah dan rendah akan mewakili daerah ke peringkat negeri, sekolah yang mencapai skor yang tinggi akan diberi surat penghargaan.

Khamis, 9 Mei 2013

Makluman Hari Guru



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Disini disertakan surat siaran daripada Jabatan Pelajaran Perak tentang perlaksaaan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Selamat Hari Guru
Teruskan perjuanganmu dalam mendidik anak bangsa.
Terima kasih cikgu.


Surat Siaran Sempena Hari Guru
Lirik Lagu Hari Guru
Lagu Hari Guru

Selasa, 7 Mei 2013

Pertandingan Ko Akademik-Karnival Bahasa Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Semua Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

PERTANDINGAN KO AKADEMIK-KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2013

Sukacita saya merujuk kepada perkara diatas.

Program diatas akan dilaksanakan seperti ketentuan berikut:

Tarikh: 11 Mei 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: SK Tanjong Belanja, Parit

Dijemput kepada semua guru besar untuk hadir bagi memeriahkan lagi program di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Ahmad Azuwan b Ismail Penolong PPD Ko Kurikulum Akademik (Men) di talian 013-4365511.

Segala kerjasama tuan diakhiri dengan ucapan terima kasih.

Taklimat Keselamatan Kualiti Makanan

TAKLIMAT KESELAMATAN KUALITI MAKANAN

Satu taklimat akan diadakan di PKG Bota bertarikh 9 Mei 2013 pukul 2.30 petang.
Mohon PK/GK HEM sekolah rendah dapata hadir.
Surat Taklimat Keselamatan Kualiti Makanan

Isnin, 6 Mei 2013

Pertandingan Choral Speaking Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Kepada semua Guru Besar sekolah rendah daerah Perak Tengah.

Makluman Pertandingan Choral Speaking Sekolah Rendah peringkat daerah Perak Tengah.

Merujuk kepada perkara di atas Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah akan mengadakan program seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 9 Mei 2013
Hari    : Khamis
Tempat; SK Dato Sagor, Kampung Gajah
Masa   : 2.30 petang

Sekian dimaklumkan.

En Ahmad Azuwan bin Ismail
Pen PPD Kokurikulum Akademik (Men)

PEMILIHAN BILIK DAN SUDUT/LORONG PPDa PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Pemilihan Bilik dan Sudut /  Lorong PPDa Peringkat Daerah Perak Tengah 2013

Merujuk kepada perkara di atas.

Kepada sekolah yang ingin mewakili daerah Perak Tengah ke Peringkat Negeri Perak dalam pertandingan diatas boleh mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun disini.

Sila hantar borang melalui email fairusppdapet@gmail.com. Tarikh akhir hantar adalah pada atau sebelum 10 Mei 2013 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Muhd Fairus b Abdul Rahman Penyelia PPDa PPD Perak Tengah ditalian 012-4964969.


Borang Penyertaan Bilik & Sudut/Lorong PPDa 2013 KLIK DISINI