Isnin, 29 Mei 2017

ASRAMA

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Asrama Harian,
Negeri Perak.

Tuan,
MAKLUMAT PENGURUSAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN NEGERI PERAK
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Bersama ini dilampirkan surat berkaitan untuk tindakan tuan.
    2.1 SURAT DATA PRESTASI SEKOLAH ASRAMA HARIAN NEGERI PERAK BILANGAN 2 TAHUN 2017 BERASASKAN SISTEM i-ASRAMA BERAKHIR 31 MEI 2017
    2.2 SURAT DATA PRESTASI PROGRAM HAFAZAN SEKOLAH ASRAMA HARIAN NEGERI PERAK BILANGAN 1 TAHUN 2017
SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.

Sekian terima kasih.

UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

PERKHIDMATAN MESIN LAYAN DIRI (VENDING MACHINE) DI SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.14/2016 pada 7 September 2016 telah memutuskan agar makanan dan minuman dalam kategori tidak digalakkan untuk dijual dimasukkan ke dalam kategori dilarang untuk dijual di kantin sekolah. Selaras dengan itu, semua perkhidmatan mesin layan diri yang menjual makanan dan minuman yang dilarang tidak dibenarkan berada di premis dan kawasan sekolah.Produk makanan dan minuman bagi mesin layan diri mestilah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mana yang terkandung dalam surat siaran KPM.600-14/1/56Jld.3(32) bertarikh 15 Mac 2017.
Diharap tuan memuatturun surat pada attachment di bawah untuk dipanjangkan ke sekolah-sekolah.

Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Attachments:
Download this file (20170516022838860.pdf)20170516022838860.pdf[ ]165 kB

KANTIN

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

LARANGAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN PENJUALANNYA DI KANTIN SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM Bilangan 14/2016 pada 7 september 2016 telah memutuskan agar makanan dan minuman dalam kategori tidak digalakkan untuk dijual dimasukkan ke dalam kategori dilarang untuk dijual di kantin sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan Garis Panduan Pemakanan Sihat di sekolah ini dipatuhi dan dikuatkuasakan. Sila muatturun surat di Attachment di bawah untuk tindakan tuan seterusnya.
Seterusnya, sila layarai url ini utk maklumat seterusnya : https://goo.gl/TIOXcG
Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak



RMT

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak.
Tuan,
KAJIAN PEMULANGAN BAKI PELUASAN RMT 2016
Dengan hormat merujuk perkara di atas.
2. Bersama ini disertakan url bagi kajian PEMULANGAN BAKI PELUASAN RMT 2016.
3. Sehubungan dengan itu, dipohon semua PT Kewangan sekolah rendah untuk mengisi maklumat dalam borang kajian yang diberi melalui URL DI BAWAH :
4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Penyelia Kebajikan , Ruziah Binti Ab Majid ditalian 05-5015142/ 0178842306.
SEKIAN TERIMA KASIH

UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

BANTUAN HARI RAYA "INSPIRASI RAMADHAN YAPIEM" 2017

GURU BESAR DAN PENGETUA

Tuan,

PENCALONAN MURID YATIM DAN MISKIN BAGI PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YAPIEM 2017

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pen.PK(HEM)5128/5/10 Jld.3(93) bertarikh 25 Mei 2017 adalah berkaitan.
2.           DI POHON UNTUK PIHAK TUAN MENGHANTAR NAMA MURID YANG TERPILIH MENGIKUT BILANGAN YANG TELAH DITETAPKAN. MOHON UNTUK MUAT TURUN SURAT PROGRAM DAN BILANGAN MURID MENGIKUT SEKOLAH  DI BAWAH DAN ISIKAN MAKLUMAT MURID YANG TERPILIH  DI BORANG MAKLUMAT MURID(GOOGLE FORM). MOHON ISIKAN SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM 31 MEI 2017.

1. SURAT PROGRAM
2. SENARAI JUMLAH PESERTA MENGIKUT SEKOLAH
3. BORANG MAKLUMAT MURID (GOOGLE FORM)


Ahad, 28 Mei 2017

MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN PPDa BIL. 2 TAHUN 2017 PPD PERAK TENGAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN PPDa BIL. 2 TAHUN 2017 PPD PERAK TENGAH 


Disini disertakan bahan taklimat untuk tindakan Setiausaha PPDa sekolah tuan. Terima kasih atas komitmen terhadap pengurusan PPDa dan Bimbingan Kaunseling di Daerah Perak Tengah.




Muat Turun Bahan:-

Bahan Taklimat PPDa Bil. 2 Tahun 2017
Surat Makluman Pertandingan PPDa

KEM STEP PFL (STRIVE TOWARDS EXCELLENCE PROGRAMME - PERAK FUTURE LEADER 2017


Assalamualaikum, Salam Ramadhan dan salam hormat

Kepada Pengetua

SMKA Sultan Azlan Shah
SMK Seri Iskandar
SMK Iskandar Shah 
SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub 
SMK Sungai Ranggam 

Tuan,

KEM STEP PFL (STRIVE TOWARDS EXCELLENCE PROGRAMME - PERAK FUTURE LEADER 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel. PK HEM 5128/5/9 Jld.4 (04) yang berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 6 hingga 8 Jun 2017 
Masa Pendaftaran: 10.00 pagi 
Tempat: KEM PULARES, Batu Gajah, Perak.

Pohon tuan untuk muat turun surat berkenaan. Terima kasih.

Surat Kem STEP Perak Future Leader 2017

Selayang Padang Program Mei 2017